in

“Bagus, sangat bagus. Bertaraf apartmen” – Bekas Pegawai Kanan Polis Indonesia Didakwa ‘Hidup Mewah’ Dalam Penjara

Ft Penjara

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dalam kawasan penjara, ada pula bangunan yang dikatakan lengkap dengan kemudahan bertaraf apartmen. Itulah yang ditemui Ombudsman Republik Indonesia (ORI) ketika melakukan pemeriksaan mengejut di Penjara Kelas IIA Cibinong, Jawa Barat, pada Rabu lalu.

Pemeriksaan tersebut mencetuskan persoalan apabila pasukan ORI menemukan lebih 10 bilik atau bangunan di bahagian belakang kompleks penjara yang dikatakan mempunyai kemudahan jauh lebih lengkap berbanding blok kediaman banduan biasa.


Artikel berkaitan : “Dah macam resort” – Ini 5 Penjara Paling Mewah Di Dunia, Siap Ada Tempat ‘Horse-Riding’

Artikel berkaitan : Warga Britain Berdepan 2 Tahun Penjara Lepas Rakam Video Misil Iran Di Dubai

Ala apartmen, siap ada Toyota Alphard!

Menurut Anggota ORI, Fikri Yasin, bangunan berkenaan dilengkapi ruang tamu, bilik tidur, dapur serta pelbagai kelengkapan rumah. Malah, beliau menyifatkan kemudahan yang terdapat di situ sebagai seolah-olah sebuah apartmen.

“Bagus, sangat bagus. Bertaraf apartmen. Walaupun kecil, semua kelengkapannya ada,” katanya.

Bukan itu sahaja, pasukan Ombudsman turut menemukan beberapa kenderaan mewah yang diletakkan di kawasan sama, termasuk sebuah Toyota Alphard. Penemuan berkenaan sekali gus menimbulkan persoalan tentang siapa yang menggunakan kawasan serta kemudahan tersebut.

Irjen Ferdy Sambo Di Mapolda Jawa Tengah

Bahkan, ORI mendakwa pasukannya berdepan halangan ketika cuba memasuki kawasan berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini pihak Ombudsman masih belum dapat mengenal pasti pemilik Toyota Alphard tersebut.

Ia juga masih belum dapat dipastikan sama ada kenderaan berkenaan mempunyai kaitan dengan bekas pegawai kanan polis Indonesia, Ferdy Sambo, banduan lain, pegawai penjara atau pihak tertentu.

Justeru, dakwaan bahawa Sambo menggunakan kenderaan mewah itu masih belum dapat disahkan. Untuk rekod, Sambo kini menjalani hukuman penjara seumur hidup di Penjara Cibinong selepas dipindahkan dari Penjara Salemba pada Ogos 2023.

Screenshot 2026 09 25 183839

Bekas Ketua Bahagian Profesion dan Keselamatan Polis Indonesia itu sebelum ini dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah melakukan pembunuhan terancang terhadap pengawal peribadinya, Brigadir Yosua.

Namun begitu, Mahkamah Agung Indonesia kemudian menerima rayuannya dan mengurangkan hukuman mati tersebut kepada penjara seumur hidup.

Penemuan terbaru ORI itu kini akan didalami bagi mengenal pasti pihak yang menggunakan kemudahan eksklusif berkenaan, selain menyiasat bagaimana fasiliti seperti itu boleh wujud dalam kawasan penjara.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.