Sajat Berazam Nak Zuriat Tahun Depan

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Rasanya semua dah tahu yang Datuk Aliff Syukri dikurniakan seorang bayi lelaki comel yang diberi nama Yusoff Al Qardawi. Lepas kena kecam sebab muat naik gambar baby yang masih bertali pusat dan video isteri dia tengah bersalin, Aliff tampil mohon maaf kat Instagram.

Katanya dia hanya berniat nak kongsi saat-saat ibu melahirkan anak supaya suami lebih menghargai isteri dorang. Kelahiran bayi comel ni disambut penuh kegembiraan bukan saja oleh keluarga Aliff tapi juga rakan baiknya, Sajat.

Sumber: Instagram

Sajat tak lepaskan peluang untuk datang melawat Datin Shahida dan baby Yusoff beberapa hari saja lepas kelahiran bayi comel ni. Sajat memuji-muji kecomelan Yusoff dan siap muat naik satu video tunjuk dia dukung baby tersebut kat Instagram dia.

Dalam rakaman video tu Sajat meluahkan rasa syukur sebab dapat berjumpa si comel Yusoff. Tapi apa yang lebih menjadi perhatian ramai bukanlah gaya Sajat yang nampak tak kekok dukung bayi tapi sebaliknya caption yang dimuat naik usahawan kosmetik tu.

Sumber: Instagram

“Alhamdulillah bila dapat tengok baby yang comel terasa macam nak cepat je mempercepatkan kita punya majlis (perkahwinan),” kata Sajat sambil cuba nak dukung Yusoff.

Melihatkan kecomelan Yusoff, penyanyi Makhluk Penggoda ni mengumumkan yang dia berazam nak dapatkan zuriat sendiri tahun hadapan.

Bila tengok caption tu, ramai la duk mengusik dan menyindir yang Sajat ni mampu mengandung ke tidak. Ada jugak yang pecah perut baca caption tu sebab katanya pandai betul Sajat ni buat lawak pasal anak. Aduhai!

Sumber: Instagram

Sajat sekarang dah ada dua orang anak angkat pasangan kembar comel Syahmi dan Syaza.

Baca: “Kena samak telinga lepas dengar Sajat nyanyi”

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.