Kalau korang seorang Mofusand fan dan memang pantang nampak barang comel, nampaknya ada satu lagi koleksi yang bakal buat korang rasa nak ‘collect’ semuanya.
Kali ini, KFC Malaysia berkolaborasi dengan Mofusand, karakter kucing popular dari Jepun yang cukup dikenali dengan pelbagai rekaan comelnya.

Menerusi kolaborasi KFC x Mofusand, korang boleh dapatkan beberapa barangan eksklusif untuk ditambah dalam koleksi. Lagi best, tak perlu pun beli satu combo lengkap sebab dengan sebarang pembelian produk KFC, korang dah layak untuk membeli barangan Mofusand sebagai add-on pada harga istimewa.
Ada Plush Charms, 8” Plushie sampai Tote Bag!
Untuk kolaborasi kali ini, KFC x Mofusand membawakan beberapa barangan comel yang bukan saja boleh dikumpul, malah ada yang boleh korang guna hari-hari.
Jom tengok apa yang ada dalam koleksi kali ni:
-
KFC x Mofusand Plush Charms (4 inci)

Comel dan bersaiz kecil, memang ngam untuk dijadikan keychain atau digantung dekat beg.
-
KFC x Mofusand 8” Plushie*

Kalau nak yang lebih besar, ada pula plushie 8 inci yang sesuai untuk korang yang memang suka kumpul plushie atau nak tambah lagi satu Mofusand dalam koleksi dekat rumah.
-
KFC x Mofusand Tote Bag*

Bukan sekadar boleh masuk dalam koleksi, yang ni sekurang-kurangnya ada alasan “boleh guna hari-hari” kalau ada orang tanya kenapa beli lagi.
-
Mofusand Sticker Sheet & Notebook

Yang ni pula hadir dengan rekaan baharu setiap minggu selama empat minggu dan boleh didapatkan sebagai hadiah dengan pembelian mana-mana Chicky Meal, sementara stok masih ada.
*8” Plushie dan Tote Bag hanya boleh didapatkan di cawangan KFC terpilih.
Tak perlu beli combo, sebarang pembelian KFC pun dah layak

Kalau korang tertanya-tanya macam mana nak dapatkan tiga barangan utama KFC x Mofusand tadi, caranya sebenarnya cukup mudah.
Korang cuma perlu membuat sebarang pembelian produk KFC dan korang dah layak untuk membeli barangan Mofusand pilihan sebagai add-on pada harga istimewa.

Maksudnya, tak semestinya kena beli satu combo meal. Nak beli ayam goreng, wedges, nasi, minuman atau apa saja produk KFC pun boleh, kemudian korang boleh tambah barangan Mofusand yang diinginkan dalam pembelian.
Jadi bolehlah singgah makan apa yang korang craving dekat KFC sambil bawa balik Mofusand sekali.
Persoalannya, mampu ke nak pilih satu je?
Kalau dah aim, jangan tunggu lama sangat

Kalau dah berkenan dengan mana-mana koleksi KFC x Mofusand ni, jangan ambil masa terlalu lama nak fikir sebab semuanya ditawarkan sementara stok masih ada.
Lagi-lagi kalau korang memang dah aim design atau item tertentu. Takut hari ni nampak ada, tangguh nak beli, sekali datang semula dah tak sempat nak dapatkan.
Jadi, korang boleh singgah ke KFC berdekatan, pilih makanan yang korang nak dan dapatkan koleksi KFC x Mofusand sebagai add-on pada harga istimewa.
Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi dan ketersediaan produk, korang boleh rujuk laman rasmi di sini atau media sosial rasmi KFC Malaysia seperti Facebook, Instagram dan TikTok.
Oh ya, ada lagi! Korang juga boleh singgah ke KFC 1 Utama yang kini tampil sebagai Mofusand-themed store. Dua lagi Mofusand-themed store bersama acara khas turut bakal menyusul di Queensbay Mall, Penang pada 9 Oktober dan Mid Valley Southkey, Johor pada 16 Oktober.
Jadi, Mofusand fan dekat Penang dan Johor, stay tuned untuk info selanjutnya!
