in

“Saya tak boleh puaskan hati orang”

Page Ali

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Minggu ni pengasas kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dah bikin panas bila dia merakamkan gambar isterinya sedang meneran di dalam labour room dan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Erk.


Aliff merakamkan detik bersejarah itu dan memuat naik di Instagram bagi tontonan peminatnya. Walau bagaimanapun, ramai yang kurang senang dengan video tersebut kerana dikatakan kurang elok untuk dikongsikan kepada umum.

T5 1
sumber: instagram

Dengan kecaman yang tak henti-henti dari orang ramai, Aliff telah tampil bagi memohon maaf di Instagram. Jelasnya, dia langsung tidak mempunyai niat lain selain untuk berkongsi saat seorang ibu melahirkan anak dan betapa besarnya pengorbanan mereka dalam melahirkan zuriat suami.

T2 3
sumber: instagram

Supaya suami-suami lebih menghargai isteri yang melahirkan zuriat mereka.”

Kata Aliff lagi, dia membuat log video di YouTube yang memaparkan lifestylenya untuk tontonan peminat dan bukannya untuk haters.

Harap mana yang suka, ambil secara positif.. Kalau yang suka fikir negatif ni, better tak payah tengok video saya sebab semua kisah saya.”

Suami kepada Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ini juga mengatakan dia menyedari bukan semua orang dapat menerima apa yang dia upload di media sosial serta mengharapkan hal ini tidak akan dipanjangkan.

T56
sumber: instagram

“Biasalah dalam hidup ni apa yang kita buat tak semua orang setuju sebab masing-masing ada pandangan dan saya hormati pandangan anda semua. Harap benda ni tidak berlarutan.”

Post Aliff ni mencuri perhatian dan rata-rata memberikan sokongan mereka kepada jutawan itu.

F
sumber: instagram

Namun begitu, ada juga yang menasihatinya dan mengatakan mereka bukannya tak suka dengan semua yang dia post tetapi hanya mengingatkan bahawa apa yang dimuat naik baru-baru ini merupakan hal yang sensitif.

4 3
sumber: instagram

Harap Aliff Syukri dapat belajar daripada kesilapan ini. Tahniah juga kerana dapat menimang cahaya mata baru.

Baca: Aliff Syukri Dikecam Tunjuk Gambar Anak Masih Bertali Pusat

Baby 758X398 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.