in

“Balik dah ada anak & isteri sambut kat rumah” – Netizen Tumpang Gembira Tengok Kehidupan Baharu Syed Saddiq

Ft Ss

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita sedia maklum, pasangan merpati dua sejoli,  Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah akhirnya sah sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Melihat mereka yang kini menjalani kehidupan sebagai suami isteri, ramai yang tumpang gembira dengan Syed Saddiq yang kini juga bapa tiri kepada dua anak Bella.


Artikel berkaitan : Bella Astillah Sah Menjadi Isteri Syed Saddiq Dengan Sekali Lafaz

Artikel berkaitan : Bella Astillah & Syed Saddiq Bakal Disatukan, Kisah Cinta Mereka Dirakam Dalam 8 Episod Eksklusif Astro

Menerusi IG Story milik Syed Saddiq, beliau ada merakam keadaan di rumah selepas beliau dipercayai baru pulang daripada Parlimen.

Dalam hantaran tersebut, Syed Saddiq dilihat begitu terhibur dengan kerenah kedua-dua anak tirinya iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna yang terbaring di atas kerusi urut.

Menerusi Threads, ramai netizen yang tumpang gembira melihat kehidupan baharu Syed Saddiq selain terhibur melihat kerenah anak-anak mereka itu.

Ss Ss 2

Untuk rekod, penyanyi dan pelakon, Bella Astillah selamat diijabkabulkan bersama pasangannya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan sekali lafaz pada pukul 10.40 pagi Sabtu.

Majlis bertema Islamic Arabic itu dihadiri 255 jemputan termasuk keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.