in ,

“Rakyat biasa kena denda” – Menteri Besar Terengganu Kena Kecam Dengan Netizen Lepas Muat Naik Gambar Berkunjung ke Kediaman Bekas MB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengetatkan lagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik Covid-19.


Tidak dapat dinafikan adakan segelintir rakyat Malaysia yang masih ingkar dengan arahan ini. Golongan politik dan orang kenamaan juga tidak terkecuali dari arahan PKP ini. Walaubagaimanpun, para netizen kecewa dengan tweet terbaru oleh Menteri Besar Terengganu @DrAhmadSamsuri yang memuat naik gambar beliau berkunjung ke rumah bekas MB Terengganu, YB Dato’ Seri Ahmad Said. Cuba korang tengok tweet dan gambar beliau kat bawah ni.

 

Rakyat biasa kena denda

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan YB MB Terengganu yang seolah-olah tidak mengikut saranan MKN dan patuh kepada PKP. Tindakan beliau dikecam hebat hampir kesemua netizen yang tak senang dengan perbuatannya.

Belum apa-apa lagi dah raya. Kita yang rakyat biasa ni belum tentu dapat raya atau tak. Nampak gayanya macam kena postpone je raya tahun ni kan. Silap-silap kerajaan pun tak bagi kita balik kampung.

Betul, rakyat disuruh stay at home. Kalau penting sangat pun boleh je guna video call. Banyak je kemudahan dan teknologi yang ada sekarang ni. Ke PKP ni tak melibatkan ahli politik?

Banyak lagi urusan kerja tergendala. Ada yang bergaji hari tu lagi terkesan dengan PKP ni. Tak tahu nak makan apa setiap hari. Harap orang kenamaan dan ahli politik lebih cakna dalam hal ni ye, bukan jaga kepentingan sendiri je.

 

Baca: “Umur 18 tapi otak tak pakai” – Bapa Terpaksa ‘Korek Tabung’ Sebab Nak Bayar Denda PKP Anak

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.