in

“Umur 18 tapi otak tak pakai” – Bapa Terpaksa ‘Korek Tabung’ Sebab Nak Bayar Denda PKP Anak

Feature 1 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mulai 8 April lepas, bayaran denda akibat melanggar perintah kawalan pergerakan telah dinaikkan dari RM350 menjadi RM1,000.

Pesalah juga akan didakwa di bawah Peraturan 6 dan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Hukuman macam ni pun masih ada yang berdegil keluar rumah. 

Kali ini admin nak kongsikan tentang kasih seorang ayah yang sanggup mengorek tabungnya semata-mata untuk membayar kompaun PKP anaknya yang berusia 18 tahun yang telah melanggar perintah kawalan pergerakan, lapor Sinar Plus.

Denda

Perkongsian itu telah dibuat oleh pengguna Facebook, Siti Rohaiza yang bertugas di Pejabat Kementerian Kesihatan memandangkan kompaun tersebut perlu dibayar di pejabat tersebut.

Menurut wanita itu, lelaki tersebut telah membayar kompaun terbabit dengan wang syiling dan sejumlah wang kertas RM1.

Denda 2

Disebabkan terkejut, Siti Rohaiza telah bertanya kepada lelaki terbabit tentang wang itu dan katanya dia telah menggunakan wang simpanannya dalam tabung.

Jawapannya “KOREK TABUNG”. Sentap hati ni dengar… 

Jadi, petugas kesihatan ini menasihati remaja di luar sana agar tidak menyusahkan ibu bapa ketika saat genting ni. Cuba bayangkan kalau pakcik tu nak guna duit tu untuk beli makanan ke kan. 

Rata-rata netizen bersimpati dengan lelaki tersebut kerana terpaksa menanggung denda anak remajanya.

Denda 3

Korang yang lain tolong lah duduk rumah dan jangan biarkan mak ayah korang yang kena tanggung kesalahan korang. 

 

Baca: [TERKINI] Pesalah Ingkar PKP Akan Dikompau RM1,000 Bermula Hari Ini!

Polis 1 2

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.