in

Porno Kanak-kanak: Malaysia Paling Banyak Download

Page Porn 1 1

Pada hujung minggu yang lalu, negara kita terpaksa menahan malu lagi apabila Angkatan Sempadan Australia (ABF) telah menjumpai bahan eksploitasi kanak-kanak yang sangat mengerikan dalam telefon bimbit seorang warganegara Malaysia.

Ini bukanlah insiden pertama yang terjadi sebab sebelum ni pun Malaysia dah dikejutkan dengan seorang pelajar pintar tajaan MARA yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara di United Kingdom lepas kantoi memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak.

Gtk
sumber: wob

Rasanya negara kita perlulah mengorak langkah dalam membendung dan sekaligus menghentikan perangai jijik ni. Menurut NST, Polis Belanda telah mengenal pasti bahawa hampir 20,000 alamat IP di Malaysia yang aktif dalam memuat naik dan memuat turun imej serta rakaman lucah kanak-kanak bawah umur.

MEMALUKAN!

Giphy 5 2

Bukan itu je, laporan yang sama juga menyatakan bahawa Malaysia mempunyai bilangan orang yang paling banyak upload dan download pornografi kanak-kanak. Memalukan!

Apabila fakta ini dikongsikan di Twitter, ramai memberikan pendapat masing-masing yang antaranya mengatakan kemungkinan ramai pekerja warga asing yang melakukan kerja tak senonoh tu.

“Pekerja warga asing yang banyak consume child porn ni. Tak pasal-pasal nama Malaysia naik. Nepal, bangla yang senyum dekat budak-budak tu bukan sebab rindu anak di kampung. Most of them pedo layan child porn sebenarnya.”

Gn
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, ada yang tak setuju dengan pendapat tersebut dan meminta untuk tidak menuding jari kepada orang lain dan melihat kepada rakyat sendiri.

“Dah la tu tuduh warga asing. Kita ni bukannya ma’sum pun nak mengaku tak buat salah apa-apa. Kalau kita dok tutup mata tuding jari kat orang lain je sampai bila tak settle.”

Selain tu, ada juga yang mengatakan hal ini mungkin merupakan trick dari orang negara luar yang menggunakan alamat IP di Malaysia bagi melindung diri dari ditangkap memiliki bahan-bahan porno kanak-kanak.

Ki
sumber: twitter

Nasib baiklah sekarang dah ada langkah dalam membanteras hal ni lepas unit khas baru dipanggil Unit Siasatan jenayah Internet Terhadap Kanak-kanak Malaysia (MICAC) dilancarkan dan akan memantau trafik dilaman web yang mengandungi unsur-unsur pornografi terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Adoi, buat malu Malaysia je.

Baca: Polis Tahu Korang Tengok Video Porn

Alla 758X398 1