in

Lagi Kes Kantoi yang Memalukan Malaysia!

Page 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini negara kita dikejutkan dengan berita seorang lelaki yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth kerana telefon bimbit lelaki itu ada video keganasan seksual yang melampau.


Semalam, kejadian yang sama berlaku lagi! Malunyaa weiiiii… Menurut WOB, Angkatan Sempadan Australia (ABF) dah keluarkan kenyataan di mana dorang telah menahan seorang lagi lelaki yang berusia 38 tahun di Lapangan Terbang Melbourne pada hari Selasa lalu untuk pemeriksaan bagasi.

Another Malaysian Has Been Stopped For Child Exploitation Material World Of Buzz 5
sumber: wob

Tak lama lepas itu, mereka menjumpai bahan eksploitasi kanak-kanak yang sangat mengerikan dalam telefon bimbit lelaki tersebut. Difahamkan, ada dua video serta 20 gambar kanak-kanak dalam tu. WTFFF! Telefon bimbit lelaki itu dah dirampas, serta visanya dibatalkan dan dipindahkan ke Pusat Tahanan Imigresen Maribyrnong dan sekarang ini tengah tunggu penyingkirian dari Australia. Haaa buat hal lagi!

Pihak ABF untuk Victoria , Craig Palmer, telah beri amaran dekat semua orang untuk tidak membawa apa-apa bahan jenayah seperti itu ke Australia. Dilaporkan jugak, setiap minggu akan ada ada sekurang-kurangnya empat pelancong antarabangsa yang ditangkap atas kes yang sama. Seriously? Ramai kot!

Another Malaysian Has Been Stopped For Child Exploitation Material World Of Buzz 3
sumber: wob
Another Malaysian Has Been Stopped For Child Exploitation Material World Of Buzz 6
sumber: wob

Pelancong ke Australia yang terlibat dengan kesalahan seperti ini akan ditangkap dan tak akan boleh menetap di sini secara kekal atau sementara. Kami akan mengesan dan menyiasat sesiapa sahaja yang terlibat dalam mengimport bahan seperti ini, untuk melindungi komuniti di Australia,” kata Craig dalam satu kenyataan pada hari Sabtu.

Sementara itu, komander serantau ABF untuk New South Wales, Danielle Yannopoulos berkata,

Eksploitasi kanak-kanak adalah isu global. Baru-baru ini kami dah mengesan penumpang dari Malaysia, Sierra Leone, China dan India. Jika ada individiu yang didapati bersalah dalam mengimport atau mengeskport bahan eksploitasi kanak-kanak, mereka akan dikenakan denda di Australia, penalti maksimum sehingga RM541,431 dan/atau dipenjara selama 10 tahun.” Haaa meremput lah korang kat situ!!!

Apa lah agaknya yang dorang dapat kalau import/eskport benda-benda macam ni? Pelik betul lah!

Baca: Orang Macam Ni Memalukan Malaysia!

Capture 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.