in

Polis Tahu Korang Tengok Video Porn!

Alla

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes jenayah di negara kita ni semakin hari semakin meningkat. Bukan sahaja jenayah yang melibatkan orang dewasa, tapi juga jenayah berkaitan wanita dan kanak-kanak. Untuk mengatasi masalah ni, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada lancarkan satu unit khas baru.


Menurut WORLD OF BUZZ, unit khas baru yang dipanggil Unit Siasatan Jenayah Internet Terhadap Kanak-kanak Malaysia (MICAC) ni baru saja dilancarkan. Unit ni berada di bawah Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11).

A
sumber: wob

Unit ni bertujuan untuk memantau trafik di laman web yang mengandungi unsur-unsur pornografi, terutama yang melibatkan pornografi kanak-kanak. Untuk membantu menjalankan tanggungjawab penting ni, satu teknologi canggih diperkenalkan.

Teknologi ni akan membantu pihak polis mengenalpasti dan mengesan pengguna internet yang menonton pornografi di saat video ditonton. MICAC akan mengumpul maklumat IP, laman yang dilawati, masa melawat satu-satu laman web, fail yang dimuat naik dan dimuat turun untuk membina satu kumpulan data bagi mereka yang terlibat.

D
sumber: wob

Dengan maklumat yang terkumpul ni, pihak polis akan dapat tangkap penjenayah sebaik sahaja informasi yang dikehendaki cukup.

“Kami akan kenal pasti orang yang kerap kali melawat laman web tertentu ni. Kami akan guna software yang dibina khas untuk membenarkan kami kenal pasti identiti, lokasi, dan mengesan kekerapan lawatan ke laman pornografi, terutama yang melibatkan pornografi kanak-kanak,” Penolong Pengarah Bahagian Penyiasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ong Chin Lai.

W
sumber: wob

Dengan software baru ni, tak ada siapa akan terlepas kalau tengok laman pornografi, walaupun tengok kat telefon bimbit tau! Dan kalau dah berkait dengan jenayah, boleh terus kena tahan walaupun korang kat rumah!

Bagus software ni! Semoga lepas ni jenayah seksual di negara kita akan dapat diselesaikan dan semua penjenayah tak akan terlepas!

Baca: Memalukan! Malaysia Negara Nombor 1 di Asia Tenggara Gemar Download Pornografi Kanak-kanak

Ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.