Sebelum ini ada dakwaan dimana seorang penjaja telah disaman RM 1,000 ketika melalui sekatan perjalanan, dalam perjalanan itu, lelaki tersebut dari tapak perniagaan yang bertempat di daerah sama.
Dia menzahirkan rasa tidak puas hati kerana disaman dan isu itu dilihat sampai ke perhatian Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri.
Beliau mengulas dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa peniaga atau mereka yang tidak mempunyai majikan dinasihatkan memohon surat kebenaran dengan polis untuk merentas negeri bagi mereka yang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Tiada majikan, mohon surat rentas negeri dengan polis
Tambah beliau, langkah itu bagi membolehkan mereka dibenarkan merentas negeri di setiap sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh polis. Lapor Berita Harian
“Bagi permudahkan urusan mereka, saya nasihatkan ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran pelepasan perjalanan.”
“Saya faham mereka (khususnya penjaja) tidak mempunyai majikan, maka pergi ke balai polis untuk dapatkan surat kebenaran. Dengan cara itu mereka boleh melepasi SJR,” katanya pada sidang media harian PKPB, hari ini.
Tambah beliau, prosedur itu juga boleh digunakan untuk mereka yang tidak mempunyai majikan namun terpaksa melakukan urusan harian seperti menjalankan perniagaan.