in

“Dia minta surat daripada majikan” – Peniaga Warung Kena Saman RM1,000 Masa Nak Balik Rumah Dalam Daerah Sama

Smaan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemilik gerai makan yang dalam perjalanan pulang ke rumah didenda RM1,000 kerana tidak mengemukakan surat kelulusan bekerja walaupun tinggal di daerah yang sama dengan gerainya.


Penjual tersebut yang dikenali sebagai Goh mengatakan bahawa dia membuka sebuah gerai di Jinjang Utara dan pergi ke Segambut. Dia kemudian kembali ke gerai untuk menutup gerainya dan terus pulang ke rumah.

Namun, ketika dia dihalang di sekatan jalan raya berhampiran SJK (C) Khai Chee, Segambut oleh pihak berkuasa…

 

Polis tanya jika saya ada surat kelulusan majikan”

Denda 1

Goh menjelaskan bahawa dia seorang peniaga gerai makan dan tiada sebarang surat kebenaran bekerja memandangkan dia berada di daerah yang sama (Kuala Lumpur) dan tidak melanggar peraturan merentas daerah, tetapi pihak polis kemukakan saman RM1,000 sebab langgar SOP.

Lapor Sin Chew Daily menerusi WORLD OF BUZZ, Goh menzahirkan rasa tidak puas hati kerana dia hanya mengemas makanan berhampiran rumahnya dan hanya memerlukan beberapa minit untuk kembali ke gerai tetapi dia masih didenda.

Denda2

Tambahnya, seramai 4 orang termasuk dirinya, didenda pada hari itu. Dia mengatakan bahawa dia melihat polis menghentikan penjual ais krim.

“Kira-kira ada 5 atauu 6 orang polis yang bertugas pada masa ituu dan hampir semua makan ais krim tersebut tetapi saya tak pasti yang mereka bayar atau tidak”

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri ada menjelaskan bahawa rakyat boleh bergerak keluar dalam satu daerah.

Laporan telah diberikan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk memohon pembatalan saman dan melakukan siasatan ke atas pegawai di tempat kejadian.

 

Baca : “Tak pakai kena saman” – Takut Disaman RM1,000, Pakcik Gelandangan Terpaksa Cari Mask Dalam Timbunan Sampah

Pakcik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.