in

Lepaking Six7 Berwajah Baru, Kini Jadi ‘Port’ Makan Wajib Cuba Di Gombak

Lepaking Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Medan selera popular di Jalan Gombak, Lepaking Six7 kini kembali dengan imej lebih moden selepas proses penjenamaan semula yang turut melibatkan penambahbaikan konsep serta kemudahan untuk pengunjung.

Majlis pembukaan semula itu telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali pada Khamis lalu menandakan bermulanya fasa baharu operasi pusat makanan berkonsep kontena terbuka itu.


Lepaking 5

Konsep Baharu Lebih Moden Dan Santai

Dengan konsep terbuka berasaskan kontena, Lepaking Six7 mengetengahkan suasana yang lebih santai, moden dan selesa untuk semua lapisan masyarakat. Ia turut disasarkan sebagai destinasi lepak dan makan utama di Gombak serta sekitar Lembah Klang kerana lokasi strategiknya yang terletak kira-kira 15 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. 

Artikel berkaitan: Johor Kekal ‘Food Basket of Malaysia’ Negara, RM32 Juta Diluluskan Untuk 27 Projek Agromakanan

Artikel berkaitan: “Jadi meet & greet” – Siti Nurhaliza Datang Ke Rembayung Buat Kali Kedua Untuk Sambut Hari Jadi Pengurus

Lebih 400 Pilihan Menu Ditawarkan

Pusat makanan ini menghimpunkan 20 operator gerai dengan lebih 400 pilihan menu. Antaranya ialah:

  • masakan Melayu
  • masakan Ala-Thai
  • masakan Cina
  • masakan Barat 
  • masakan Nusantara,
  • kek 
  • pastri

Walaupun menawarkan kepelbagaian menu, harga yang ditetapkan kekal berpatutan.

Kemudahan Baharu Untuk Pengunjung

Beberapa kemudahan baharu turut diperkenalkan bagi meningkatkan keselesaan pelanggan, termasuk:

  • ruang berhawa dingin berkapasiti 120 orang 
  • ruang aktiviti kanak-kanak
  • surau lelaki dan wanita
  • kawasan parkir yang lebih luas bagi kemudahan pengunjung 

699310499 949323937969770 2623757832173944206 N

Sumbangan Kepada Ekonomi Setempat

Menurut pengurusan, penjenamaan semula ini turut memberi impak positif kepada ekonomi komuniti dengan membuka peluang kepada 20 usahawan makanan serta mewujudkan lebih 30 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Lepaking 1

Waktu Operasi

  • Isnin – Khamis: 5:00 petang hingga 2:00 pagi
  • Jumaat – Ahad: 5:00 petang hingga 3:00 pagi

Sumber: Lepaking Six7

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.