Kalau sebut nama kumpulan legenda rock alternatif, My Chemical Romance (MCR), memang ramai anak muda generasi millennial yang membesar dengan lagu-lagu berhantu mereka seperti Welcome to the Black Parade dan Helena.
Namun, tular sebuah perkongsian di platform Threads oleh pengguna dikenali sebagai @iemaabdullah yang merakamkan detik mencuit hati ketika konsert kumpulan tersebut berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, KL malam tadi.
Artikel berkaitan : “App down, website down” – Penangan Konsert MCR, Ramai Berang Susah Beli Tiket
Artikel berkaitan : “Kalau tak ada yang diadili, pemerintah yang patut diadili” – Jefri Nichol Luah Rasa Bengang Pembakaran Hutan Makin Teruk
Ingatkan ada ‘surprise’, rupanya artis dah gerak balik
Menerusi video berdurasi 48 saat yang dirakam dari tempat duduk penonton itu, kelihatan suasana di dalam stadium masih meriah dengan lampu pentas yang berkelip-kelip seolah-olah memberi bayangan bakal ada persembahan tambahan (encore).
Bagaimanapun, pandangan pemilik video tertumpu ke arah laluan belakang pentas yang memperlihatkan deretan kenderaan MPV mewah berwarna hitam sudah pun bersedia.
Difahamkan, sebaik sahaja selesai membuat persembahan, individu yang didakwa vokalis dan ahli kumpulan itu dilihat terus masuk ke dalam kereta dan konvoi berkenaan memecut laju meninggalkan perkarangan stadium walaupun konsert masih berbaki dan penonton masih setia menunggu di hadapan pentas.
Betul-betul mengamalkan work life balance ni – Netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak marah, malah terhibur dengan tindakan pantas kumpulan tersebut yang disifatkan sangat menepati masa dan mengamalkan konsep work-life balance yang sebenar.

Sumber : Threads
