in

Pelajar IPT Belajar Secara Online Hingga 31 Disember, Hanya 5 Kategori Pelajar Je Yang Boleh Balik Ke Kampus

Feature 1 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memandangkan kita tak tahu lagi bila wabak Coronavirus ni akan berakhir, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah mengarahkan semua pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk belajar secara online hingga 31 Disember tahun ini, lapor Harian Metro.


Hanya beberapa kategori pelajar je yang dibenarkan untuk kembali ke kampus jika ada keperluan penting yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian. Walaupun belajar online ni susah sikit, tapi ni untuk kebaikan semua.

Belajar 1 2

Kategori yang dibolehkan untuk pulang ke kampus adalah mereka yang sedang menuntut pasca-siswazah mod penyelidikan di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dan Universiti Awam (UA) yang perlu menyambung research dorang.

Image From Ios 6

Selain tu, pelajar yang perlukan kemudahan studio reka bentuk, makmal dan bengkel juga dibenarkan untuk kembali ke kampus masing-masing untuk menyiapkan tugasan. Ye lah, benda macam ni kena buat secara amali, bukannya boleh belajar online secara teori je kan.  

Korang yang merupakan pelajar universiti di tahun akhir yang memerlukan kemudahan tersebut juga boleh kembali ke universiti seawal 1 Julai nanti untuk proses aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP).

So, kalau tak perlukan kemudahan yang dikatakan, korang perlu teruskan online learning seperti biasa.

Belajar 3

Tahun depan lah nampaknya baru dapat jumpa kawan-kawan kat kolej tu.

Baca: “Maut sebab tuntut ilmu” – Gara- gara Cari Line Internet, Pelajar Meninggal Jatuh Dari Tingkat Atas Masjid

Belajar 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.