Lebih 169,000 Lepasan SPM Berjaya Dapat Tempat IPTA Menerusi UPUOnline

Jadikan sumber pilihan di Google
Lebih 169,000 Lepasan SPM Berjaya Dapat Tempat IPTA Menerusi UPUOnline

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan seramai 169,803 calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi UPUOnline® bagi sesi akademik kali ini.

Daripada 235,480 permohonan yang layak diterima, sebanyak 72.11% berjaya memperoleh tempat di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).


Kpt 1Sumber: KPT

Pecahan Tawaran Mengikut Institusi

Antara tawaran yang diberikan ialah:

  • 91,357 calon ke Universiti Awam (UA)
  • 60,947 calon ke Politeknik
  • 15,844 calon ke Kolej Komuniti
  • 1,655 calon ke MARA BPT

Kpt 3Sumber: KPT

Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan melibatkan:

  • 41 program Sijil
  • 57 program Asasi
  • 264 program Diploma
  • 1 program Ijazah Sarjana Muda

Kpt 10Sumber: KPT

Laluan Khas Turut Dibuka

KPT turut menawarkan Laluan Khas melibatkan:

  • 701 Orang Kurang Upaya (OKU)
  • 310 Orang Asli
  • 179 Atlet
  • 10,499 bagi kategori B40
  • 65 calon lepasan institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Kpt 4Sumber: KPT

Dalam masa sama, buat pertama kali semua program pengajian dibuka kepada calon OKU berdasarkan kelayakan dan kesesuaian masing-masing.

KPT turut memaklumkan pelajar yang memperoleh keputusan 8A dan ke atas juga diberikan perhatian bagi memastikan mereka mendapat peluang melanjutkan pengajian ke peringkat pendidikan tinggi. 

Tak Berjaya? Rayuan Dibuka 10 Hari

Bagi calon yang tidak mendapat tawaran, permohonan rayuan kini dibuka menerusi UPUOnline® bermula 22 Mei 2026, jam 12 tengah hari hingga 31 Mei 2026, jam 5 petang. 

704147958 1517079177125027 3248805420062646627 NSumber: KPT

Sumber: KPT

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Lebih 169,000 Lepasan SPM Berjaya Dapat Tempat IPTA Menerusi UPUOnline
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/lebih-169000-lepasan-spm-berjaya-dapat-tempat-ipta-menerusi-upuonline/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen