Masalah internet dalam kalangan pelajar yang perlu belajar di rumah sepanjang tempoh duduk di rumah berikutan wabak Coronavirus bukanlah suatu perkara yang asing. Bukan semua orang ada access internet yang laju dekat rumah. Ada jugak yang terpaksa beli data setiap hari.
Kali ini, seorang pelajar universiti di Indonesia maut semasa sedang mencari line internet di masjid kampungnya untuk menyiapkan tugasan tesis beberapa hari lepas, lapor The Jakarta Post.
Mahasiswa Universiti Hasanudin, Makassar, Rudi Salam dikatakan telah ke tingkat atas Masjid Baburrahman yang ketika itu berada dalam proses renovation sebelum terpijak lantai papan lapis dan kayu yang menyebabkan dirinya jatuh dari ketinggian empat meter. Allahu, sampai macam tu sekali dia usaha nak belajar.
Pelajar yang berusia 25 tahun itu dikatakan telah pulang ke kampung disebabkan semua pelajar diarahkan untuk belajar dari rumah sejak 15 Mac lalu oleh kerajaan negara itu.
Mangsa difahamkan telah menghadapi kecederaan retak di kepala.
Korang yang ada kemudahan wifi tu jangan sia-siakan nikmat yang ada. Semoga roh mangsa ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.