in

MINDEF Peruntuk RM2 Juta Taja Anggota ATM Sambung Diploma Guna Pengalaman Kerja

Mindef Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperuntukkan dana sebanyak RM2 juta bagi menaja seramai 258 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melanjutkan pengajian di bawah Program Diploma Work-Based Learning (WBL) 2.0 Kohort Kedua.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan, Datin Roszanina Wahab turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM6.5 juta bagi menaja lebih ramai anggota lain-lain pangkat daripada pelbagai tred perkhidmatan bagi kohort ketiga pada suku ketiga tahun ini.


Atm 2 Scaled

Program ini dilaksanakan bagi memberi pengiktirafan kepada pengalaman kerja dan kemahiran anggota ATM melalui pemetaan kurikulum akademik universiti.

Artikel berkaitan: Program Work-Based Learning: Pengalaman Tentera Kini Diiktiraf Sebagai Diploma

Artikel berkaitan: Malaysia Umum Strategi ‘Whole-of-Government’ (WOGOS) Baharu Lindungi Laut China Selatan

Langkah tersebut sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan dan Pelan Strategik Pertahanan Negara 2026-2030 untuk memperkasakan sosioekonomi veteran serta meningkatkan kebolehpasaran mereka bagi kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan.

Atm 3

Bagi kohort pertama tahun lepas, seramai 461 anggota ATM telah mengikuti pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) seramai 230 anggota dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) seramai 231 anggota, dengan kesemuanya dijadualkan bergraduasi pada tahun ini.

Atm 4

Sementara itu, Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Arman Rumaizi Ahmad menyatakan kesediaan universiti tersebut untuk menjadi pusat rujukan program WBL.

Sejak awal 2025, UPNM menjadi universiti awam pertama menawarkan tiga program berteraskan pendekatan ini iaitu:

  • Diploma Pengurusan Logistik
  • Diploma Pentadbiran Perniagaan
  • Diploma Perkhidmatan Teknologi Pertahanan

Atm 5

Pendekatan WBL membolehkan anggota tentera menerima diploma yang diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berdasarkan pengalaman kerjaya mereka tanpa perlu menghadiri kuliah secara fizikal secara berkala.

UPNM juga merancang untuk menambah dua lagi program baharu bermula tahun hadapan, iaitu:

  • Diploma Operasi Pertahanan dan Keselamatan
  • Diploma Perkhidmatan Pengangkutan Pertahanan

Sumber: Astro Awani

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.