Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nik Akmal Afifah Nik Mohd Fuad, 22, diumumkan sebagai pemenang hadiah utama Cabutan Bertuah P-Circle yang diadakan sempena Kuala Lumpur International Mobility Show 2026 (KLIMS 2026) baru-baru ini.
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang sebuah Perodua Myvi 1.3 G (Ivory White) yang diserahkan secara rasmi di Ibu Pejabat Perodua pada 3 Julai lalu.

Menyahut keterujaan itu, Nik Akmal Afifah menyifatkan kenderaan baharu tersebut jauh lebih baik berbanding Perodua Axia yang dipandunya sekarang.

Peraduan yang berlangsung dari 12 hingga 21 Jun 2026 itu memerlukan pengunjung memuat turun aplikasi super app Perodua, P-Circle, serta mengaktifkan fungsi e-wallet (P-Duit).
Artikel berkaitan: Perodua Perkenal C2, Kereta Konsep EV Baharu Inspirasi Generasi Masa Depan
Artikel berkaitan: Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Serendah RM63,449 Seunit
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad menyatakan bahawa penyertaan syarikat di KLIMS 2026 mendapat sambutan luar biasa dengan pendaftaran seramai 37,786 pengunjung di reruai mereka.

Selain kereta sebagai hadiah utama kepada pemenang bertuah, Perodua turut mengagihkan 100 unit jam pintar P-Go kepada pemenang cabutan bertuah yang lain.
Pada masa yang sama, KLIMS 2026 menjadi platform buat Perodua untuk mempamerkan kenderaan konsep terbaharu mereka dinamakan Chapter 2 (C2).
Model kenderaan elektrik (EV) masa hadapan ini direka oleh pereka muda berbakat dengan menampilkan gaya rekaan berbeza serta dilengkapi teknologi terkini.
Sumber: Perodua
