in

Netizen Minta Sekatan Antara Negeri Dibuat Semula, Bimbang Mutasi COVID-19 ‘Super Spreader’

Untitled Collage 14

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa virus COVID-19 dengan mutasi D614G sah telah dikesan di negara ini.


Menurutnya, mutasi itu memiliki 10 kali lebih kebolehjangkitan dan mudah merebak sekiranya disebarkan oleh individu super spreader.

Susulan itu, netizen di media sosial mula menyuarakan kebimbangan mereka.

Rata-ratanya meminta agar kerajaan mempertimbangkan semula langkah untuk kembali meletakkan Kedah di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) kerana peningkatan semula angka jangkitan di negara ini bermula daripada penularan di negeri tersebut.

4 3

1 14

3 1 1

2 7

5 1

Selain itu, mereka turut saling menasihatkan agar orang ramai kekal mematuhi penjarakkan sosial, memakai pelitup muka di tempat awam dan tidak keluar rumah sekiranya bergejala.

Meskipun Dr. Noor Hisham sendiri mengatakan bahawa keadaan masih terkawal, namun orang ramai diminta sentiasa berwaspa dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi segala perintah ditetapkan kerajaan.

Jangan lupa, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula jika kes jangkitan mula kembali mencecah tiga angka.

 

Baca: Dr. Noor Hisham Sahkan COVID-19 Dengan Mutasi D614G ‘Super Spreader’ Ada Di Malaysia!

Untitled Collage 12 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.