in

PKP Mungkin Dilaksana Semula Jika Kes Harian Naik 3 Angka – Ismail Sabri

Untitled Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum pun tamat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kes harian jangkitan COVID-dalam negara dilihat kembali meningkat dengan pertambahan beberapa kluster baharu — menjadikan keseluruhan kluster yang dikesan sebanyak 22 kluster.


Bimbang dengan sikap tidak peduli orang ramai yang dilihat semakin tidak mengendahkan arahan pematuhan SOP seperti penjarakan sosial dan pemakaian topeng muka, kerajaan hari ini tidak menolak kemungkinan PKP akan dilaksana semula — jika kes harian mencecah tiga angka

Memetik laporan Malaysiakini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata — kerajaan tiada pilihan melainkan menguatkuasakan semula PKP jika kes terus meningkat.

PKP akan dilaksanakan jika kes (baru) babitkan (meningkat) tiga angka, sekarang dua angka. Kita tiada pilihan dan tutup semua pergerakan –  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Ini bermakna, pergerakan seluruh rakyat Malaysia akan dihadkan sama seperti kali pertama PKP dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

692524

Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melonggarkan PKP bagi membuka semula ekonomi yang terjejas teruk ekoran pelaksanaan perintah tersebut. Namun semalam Ismail Sabri memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk mengetatkan semula SOP PKP yang telah dilonggarkan di bawah PKPP — susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes dalam tempoh seminggu ini.

Dan esok pula, satu pengumuman khas akan dibuat berhubung perincian SOP sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan disambut 31 Julai ini.

 

Baca: Kuching Kini Diisytihar Zon Merah, Gelombang Kedua Kini Melanda?

Capture 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.