“Nah… Untuk yang lupa” – Zahid AF2 ‘Throwback’ Gambar Lama, Tunjuk Bukti Jadi Juara Akademi Fantasia

Tambah ke Sumber Pilihan
Akademi Fantasia

Siapa yang masih ingat juara Akademi Fantasia 2? Kalau jawapan anda Adam, memang salah! Juara sebenar ialah Zahid, atau nama penuhnya Ahmad Zahid Baharuddin.

Hari ini, Zahid, 46, mencuri perhatian warganet selepas memuat naik gambarnya ketika menjuarai pertandingan nyanyian popular itu menerusi akaun Threads miliknya.


“Tak boleh tidur… Nah untuk semua yang lupa! Hentikan spekulasi ini. Nampak abang pegang bola-bola warna emas itu? Hahahaha,” tulisnya berseloroh.

610050119 17850835122605506 1473738288528108522 N
Gambar yang dimuat naik Zahid AF2 di akaun Threads miliknya.

Artikel berkaitan: 5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua

Artikel berkaitan: Bekas Peserta AF6, Mama Rina Hadapi Masalah Diabetes, Kaki Kanan Terpaksa Dip*tong

Menurut penyanyi berusia 46 tahun itu, dia ‘terpaksa’ membuka akaun Threads pada tahun 2026 selepas terbaca satu hantaran pengguna lain yang mendakwa juara Akademi Fantasia musim kedua adalah Adam.

Difahamkan, pengguna tersebut tersilap ketika menyenaraikan juara-juara Akademi Fantasia terdahulu apabila meletakkan nama Adam sebagai pemenang musim kedua. Namun, hantaran tersebut kini telah dipadam. 

“Sedih saya diperlakukan sebegini… Selamat tahun baharu semua,” katanya lagi.

Bagaimanapun, Zahid yang berasal dari Teluk Intan, Perak itu kemudiannya menjelaskan menerusi satu lagi hantaran bahawa kenyataannya itu hanyalah sekadar gurauan.

“Eh, korang ini lebih-lebih pula. Aku tak halalkan roti canai yang aku belanja 21 tahun lepas itu… hahahahaha! Gurau-gurau saja.”

Kini, hantaran tersebut telah menerima hampir 472 tanda suka dan 92 komen.

Pada rancangan Akademi Fantasia musim kedua, Zahid muncul sebagai juara, diikuti Norlinda Nanuwil (Linda) dari Ranau, Sabah selaku naib juara, manakala Mohd Aizam Mat Saman (Adam) dari Kota Kinabalu, Sabah menduduki tempat ketiga.

Sumber: Threads Zahid Baharuddin

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nur Fatin
Lagi tulisan Nur
Seorang penulis skema. Suka main Pokemon Go dan Genshin Impact pada masa senggang.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Nah… Untuk yang lupa” – Zahid AF2 ‘Throwback’ Gambar Lama, Tunjuk Bukti Jadi Juara Akademi Fantasia
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/nah-untuk-yang-lupa-zahid-af2-throwback-gambar-lama-tunjuk-bukti-jadi-juara-akademi-fantasia/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM