in

5 Sebab Mengapa Akademi Fantasia 5 Paling Menggamit Memori Antara Semua

Cover

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sahaja yang tidak tahu akan program realiti Akademi Fantasia (AF)? Program realiti AF bermula pada tahun 2003 dan telah menjadi fenomena buat para penonton. Malah, ia juga menjadi salah satu rancangan dengan rating tertinggi di Astro Ria.


Menariknya tentang AF ini, ia merupakan rancangan realiti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada pesertanya untuk bersaing dan merebut gelaran juara. Format rancangan ini diolah daripada La Academia di Mexico dan Malaysia merupakan pertama di Asia Tenggara yang memiliki versi sendiri rancangan ini.

Sepanjang 13 musim AF bersiaran, banyak momen manis dan pahit yang dapat kita lihat. Namun jika perlu dipilih musim manakah yang paling menarik dan sukar dilupakan – Akademi Fantasia musim ke-5 adalah jawapannya.

Mengapa? Ayuh baca sebab di bawah!

1. Musim terakhir Pak Nil jadi pengacara

Akademi Fantasia sangat sinonim dengan Dato’ Aznil Nawawi yang lebih mesra dipanggil dengan nama Pak Nil. Harus diakui, Pak Nil merupakan nadi utama kepada kemeriahan rancangan realiti ini.

Datuk Aznil Nawawi 2 Scaled E1635574998372

Musim ke-5 sangat sukar dilupakan apabila Pak Nil mengumumkan beliau mahu mengundurkan diri dan memberi peluang kepada orang lain untuk mengacarakan Akademi Fantasia.

Selepas pengunduran Pak Nil, posisi ini pernah diganti oleh beberapa pengacara lain seperti Dato’ AC Mizal, Jimmy Shanley, Sarimah Ibrahim, Zizan Razak, Faizal Ismail dan Alif Satar. Untuk rekod, Pak Nil kembali mengacarakan AF pada musim ke-9.

2. Tagline best

Uniknya tentang AF ini, setiap peserta perlu tampil dengan tagline mereka yang tersendiri. Akademi Fantasia 5 tidak kurang juga menariknya, tagline para peserta memang lucu sehingga menjadi ikutan oleh para peminat.

 

Berikut adalah antara tagline yang popular di AF5:

Mila: Whats up-whats up, check it out guys
Dafi: Baik punya
Shawal: Ago-go
Heliza: Bereeh
Aizat: Kasi gegar

3. Juara pertama wanita

Juara

Sepanjang empat musim berlangsung, kesemua juara AF ialah peserta lelaki. Bermula dengan Vince, Zahid, Mawi dan Faizal. Mila memecahkan rekod Akademi Fantasia apabila menjadi peserta pertama wanita yang menjadi juara.

4. Peserta pertama bertudung

414563290 A99C257867 O

Heliza Helmi mula menarik perhatian ramai apabila peserta ini merupakan peserta wanita pertama yang memakai tudung. Dengan wajah yang manis dan lembut, siapa sangka Heliza berjaya menjadi salah seorang peserta terbaik pada musim tersebut.

5. Fenomena Dafi

Jika anda masih ingat, musim ketiga AF menyaksikan Mawi mencipta sejarah apabila banyak gelaran dan trend yang bermula daripada peserta ini. Sebagai contoh, dia digelar Tsumawi dan banyak tudung yang dijual menggunakan namanya.

Untuk musim kelima, Dafi berjaya mencuri tumpuan ramai seawal minggu pertama dan dikatakan bakal menjadi fenomena baru di Malaysia. Malah, tagline Baik Punya juga sering menjadi ikutan orang ramai. Kumpulan Sepah juga sering menggunakan nama Dafi dalam sketsa mereka ketika dalam Maharaja Lawak.

Akademi Fantasia musim berapa yang paling best bagi anda?

BACA: Heliza Helmi Sah Bernikah Dengan Pilihan Hati, Ramai Peminat Ucap Tahniah

Cats 2

Sumber: Kosmo
Sumber: Blogspot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.