in

“Waktu itu pihak produksi tidak ambil bekas pelajar AF” – Farah Dah Pasang Niat Nak Masuk GV Sejak Musim Kedua

Ft Farah Gv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bak kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Penantian bertahun-tahun alumni Akademi Fantasia 2 (AF2), Farah Diana Anuar akhirnya membuahkan hasil apabila namanya diumumkan sebagai salah seorang bintang yang berjaya mengisi kekosongan dalam program realiti popular, Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

Artikel berkaitan : 9 Bekas Juara AF Ini Bakal Berentap Di Gegar Vaganza Bulan Depan!


Artikel berkaitan : Pernah Menjuarai Gegar Vaganza, Cliff Umar Mengaku Bersalah Miliki Dadah

Dulu tak dapat sebab GV tak ambil bekas peserta AF

Siapa sangka, rupa-rupanya penyanyi bersuara lunak ini sudah mula ‘merisik’ peluang untuk beraksi di pentas berprestij itu sejak Gegar Vaganza musim kedua lagi.

Namun, impiannya terpaksa dipendam apabila dimaklumkan pihak produksi pada ketika itu tidak membuka penyertaan kepada bekas pelajar AF.

Berkongsi keterujaan ketika ditemui pihak media usai konsert minggu kedua GVF di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad, Farah menerusi Astro Gempak akui masih terkejut dengan rezeki yang tidak disangka-sangka itu.

Screenshot 2026 11 16 164425

“Saya dapat tahu pada hari Jumaat yang lalu. Dah lama sebenarnya nak masuk GV, dari musim kedua lagi tetapi waktu itu pihak produksi tidak ambil bekas pelajar AF.”

“Bila dah terpilih ini, saya rasa inilah masanya untuk saya kembali beraksi insya-Allah.”

Bercerita lanjut mengenai detik-detik cemas menanti keputusan undian, pelantun lagu malar segar Tangisan Dalam Kerinduan ini mendedahkan dia tidak duduk diam, sebaliknya terus menggerakkan jentera kelab peminatnya yang setia menyokong sejak tahun 2004 lagi!

Screenshot 2026 11 16 164450

“Agak terkejut sebenarnya dan memang mengharap tapi bila tengok senarai nama, ada 25 orang. Jadi kita gerakkanlah apa yang sepatutnya kita gerakkan. Kita ada kelab peminat kan yang memang daripada tahun 2004. Alhamdulillah tetapi tak sangkalah undian setinggi itu.”

“Saya rasa saya kena betul-betul bersedia dari segi vokal bagi menunjukkan yang kita masih lagi mampu menyanyi dengan baik.

“Kalau kita lihat Gegar Vaganza sangat mementingkan vokal jadi itulah yang perlu diasah dan dilatih sebaiknya insya-Allah.”

Sumber: Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.