in

Ini Sebab Kenapa Azza Elite Pilih Tak Hadir ‘Open House’…

Syaz Ft 2026 04 14T131030.934

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba musim perayaan, memang meriah dengan jemputan rumah terbuka atau open house. Tapi bagi penyanyi dan pelakon, Azza Elite, dia ada alasan tersendiri kenapa dia memilih untuk tidak hadir ke mana-mana jemputan rumah terbuka yang dibuat di dalam rumah.

Keputusan itu dibuat bukan kerana sombong, tapi demi melindungi perasaan anak syurganya, Adam.


“Risau Kehadiran Kami Timbulkan Situasi Tak Best”

Melalui luahan jujur di media sosial, Azza mengakui dia merasa bimbang jika gelagat Adam yang menghidap autism (Mild Autism Level 2) akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan tuan rumah atau tetamu lain.

Artikel berkaitan: “Dia tukar QR company kepada QR personal dia” – Azza Elite Kena Tipu Dengan Pekerja Sendiri

Artikel berkaitan: Linda Rafar Tak Jadi Keluar Elite Lepas Norman KRU Pujuk

 

View on Threads

 

Menurut Azza, kanak-kanak autism mempunyai naluri untuk menyentuh atau bermain dengan barang-barang di sekeliling mereka, dan dia tidak sanggup jika anaknya dimarahi hanya kerana sifat ingin tahu itu.

“I risau kehadiran saya dan Adam akan menimbulkan tak best sebab Adam kan autism, karang dia usik permainan lah apa lah. Jadi saya memang ambil keputusan tidak akan menghadiri mana-mana open house yang dibuat di dalam rumah,” luahnya.

Lebih Selesa Di Luar Atau Di Hotel

Walaupun tegas dengan pendirian untuk tidak ke rumah orang, Azza menjelaskan Adam sebenarnya seorang anak yang sangat behave atau berkelakuan baik jika berada di tempat awam seperti hotel atau restoran.

Namun, suasana di dalam rumah orang lain membuatkan dia merasa paranoid dan sentiasa berjaga-jaga sehingga tidak dapat menikmati majlis.

“Kalau kat luar Adam behave je… Cuma bila kat rumah orang ni i paranoid sikit. Mata i akan tertumpu pada anak i even though i duduk belakang langsir sekalipun,” tulisnya lagi.

Rata-rata pengikutnya terutamanya golongan ibu yang mempunyai anak istimewa turut memberikan sokongan dan memahami dilema yang dihadapi oleh Azza.

Cats 15

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.