Sesiapa yang mengikuti perkembangan penyanyi Nubhan Ahmad di media sosial pasti sudah biasa melihat gelagat bersahaja dan kelakar bersama ibunya, Badariah Omar, atau lebih mesra disapa sebagai Mak Jenny.
Gandingan dua beranak ini sering kali membuatkan netizen tidak kering gusi dengan aksi menyakat dan dialog-dialog spontan mereka. Namun baru-baru ini, perkongsian terbaru daripada Nubhan telah mengundang rasa hiba dan air mata dalam kalangan peminat.
“Rindu nak dengar mak membebel…”
Mendedahkan realiti yang sedang dihadapi, Nubhan memuat naik sebuah video beremosi yang memaparkan keadaan terkini Mak Jenny yang kelihatan uzur dan sedang terlantar sakit.
Artikel berkaitan: Nubhan Sedia Pertimbangkan Tarik Balik Kes Pelanggaran Dr Afifah Jika…
Artikel berkaitan: [VIDEO] Nak Bagi Selesa Tidur, Netizen Puji Nubhan Bawa Mak Jenny Naik Pesawat ‘First Class’
@nubhan86 Kalau mak ayah masih sihat, jgn skip video ni… #omakjenny #nubhan
Berbeza dengan wataknya yang sentiasa ceria, bertenaga, dan suka menyakat anaknya sebelum ini, Mak Jenny di dalam video tersebut dilihat lemah dan hanya mampu terbaring di atas katil hospital. Perubahan drastik itu nyata menyentuh hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Netizen tumpang sebak, rindu gelak tawa Mak Jenny
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak dapat menahan rasa sedih melihat keadaan tersebut. Ramai yang mengakui terkesan kerana sudah terbiasa melihat Mak Jenny ceria, malah ada yang turut teringatkan ibu bapa sendiri.

Sebagain info, Nubhan yang juga bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6) sebelum ini sering mencuri tumpuan netizen menerusi siri content bersama Mak Jenny di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Gandingan dua beranak yang terkenal dengan loghat Negeri Sembilan yang pekat ini sentiasa menghiburkan ramai, malah keakraban mereka sering dipuji kerana Nubhan sentiasa menyantuni ibunya dengan penuh kasih sayang.
Sumber: TikTok
