in

“Mana SOP??” – Tiada Social Distancing, Netizen Bimbang Penyokong di Mahkamah Kena ‘Kluster Najib’

Sd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demi memberi sokongan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, dianggarkan sebanyak 300 ke 400 penyokong ‘Bossku’ hadir di Mahkamah Kuala Lumpur seawal jam 7 pagi tadi.


Kesemua daripada mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam mahkamah dan dibenarkan berkumpul di luar perkarangan kawasan tersebut.

Menerusi perkongsian Pocketimes, rata-rata penyokong Bossku dilihat duduk di bawah khemah yang disediakan dan jamuan makanan ringkas juga kelihatan disaji buat penyokong yang sabar menanti di kawasan tersebut.

Jib 1

110187542 2705680156357188 9211730916498966746 O

111634910 2705680249690512 4372206014240475838 O

114890935 2705680309690506 3905853414388000697 N

112872969 2705680216357182 3352075996422766547 O

 

“Mana SOP? Mana social distancing?” 

Dalam debaran menanti keputusan daripada mahkamah, ramai di kalangan netizen yang melihat gambar di atas berasa bimbang wujudnya ‘Kluster Najib’ akibat penyokongnya tidak mengamalkan sebarang social distancing.

Para penyokong dilihat berkumpul dan duduk secara dekat, malah ada di antaranya tidak memakai mask pun. Aduhai! Kalau kena saman ni mahu beribu semua kena. 

Pebenda

Harapnya pihak yang berwajib dapat mengawal keadaan di sana dan para penyokong juga haruslah sedar diri serta menjaga social distancing dengan sebaiknya.

Kita tak mahulah gelombang ketiga COVID-19 wujud akibat daripada penyokong-penyokong ini. Ingat, kita jaga kita!

Baca: “Apa juga keputusan, ia tidak berakhir disini” – Datuk Seri Najib Razak 

Feat 4

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.