in

“Apa juga keputusan, ia tidak berakhir disini”- Datuk Seri Najib Razak

Feat 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pagi ini rakyat berdebar menantikan keputusan berhubung Mahkamah Tinggi berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun Datuk Seri Najib dalam postingnya malam tadi ada memberi ‘hint’ berkenaan kes tersebut.


“Walau apapun keputusannya esok di Mahkamah Tinggi, ia tidak berakhir di sini.”- Najib

https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157240481000952

Katanya ini merupakan peluang untuk membersihkan namanya dari tuduhan salahguna kuasa dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Sekiranya didapati tidak bersalah, sudah tentu pihak pendakwa raya akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebaliknya jika keputusan di Mahkamah Tinggi tidak memihak kepada saya, sudah tentu saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Rayuan untuk penghakiman yang adil oleh panel tiga hakim dan bukan seorang hakim seperti keputusan esok.

 

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada lagi keputusan daripada Mahkamah Tinggi berhubung kes tersebut. Namun keputusan dijangka akan diumumkan bila-bila masa.

 

Baca : Bebas Atau Ke Penjara? Keputusan Kes Seleweng RM42 Juta Dana SRC Datuk Seri Najib Ditentukan Hari Ini

Najib Razak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.