in

Lempar Bom Gara-gara Tak Puas Hati Dengan Guru Disiplin

bommmm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Entah di mana silapnya, sikap pelajar sekarang terutamanya yang masih di bangku sekolah makin menjadi-jadi. Marahkan kawan sampai nak kasi racun. Marahkan cikgu, boleh pulak budak-budak ni rosakkan kereta cikgu tu. Tapi yang paling dahsyat, ada murid sanggup lempar bom dalam sekolah gara-gara tak puas hati dengan cikgu disiplin! Haa biar betul ni? 

Menurut Kosmo, sebuah sekolah di Kelantan kecoh selepas tiga orang pelajar Tingkatan 3 disyaki membaling bom ke dalam bilik disiplin dan kaunseling lepas tak puas hati dengan guru disiplin mereka.


sekolah SMK Penambang KB2007
Sumber: MMO

Dalam kejadian yang berlaku pukul 11 pagi semalam, dilaporkan 80 cermin tingkap di bilik disiplin dan kaunseling SMK Penambang telah pecah berderai selepas bom jenis mercun bola buatan sendiri dilempar masuk ke dalam bilik tu.

image 1 5
Sumber: Kosmo!

Menurut guru yang berada di tempat kejadian, dia terkejut dengar bunyi letupan yang kuat serta diikuti dengan asap berkepul-kepul keluar dari belakang blok sekolah tu.

“Semasa kejadian, terdapat enam orang guru di dalam ke­dua-dua bilik berkenaan. Letupan kuat itu mengakibatkan tingkap belakang bilik yang terletak di aras bawah pecah.

“Guru yang berada di dalam bilik tersebut mendakwa merasai gegaran dengan tekanan ­angin yang kuat selepas letupan berlaku. Selain tingkap, sebuah alat pendingin hawa turut rosak akibat letupan,” katanya.

https://www.facebook.com/beritatv9/videos/1111356069038779/

Dilaporkan jugak, terdapat jalan raya di belakang sekolah berkenaan dan dipercayai ‘bom’ berkenaan telah dilempar dari kawasan tersebut. Aduhai sanggup buat guru macam tu! 

Dalam pada tu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu memaklumkan yang serpihan plastik daripada mercun bola tersebut telah ditemui di tempat kejadian. Manakala pelajar yang terlibat dalam kes ni dah berjaya larikan diri lepas bom meletus.

Kes ini bakal disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan api atau bahan letupan.

Makin pening dengan sikap pelajar kita zaman sekarang. 

Baca: Cikgu Sekolah Rendah di Ampang Kerap Buat Gangguan Seksual Pada Pelajar

gutu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.