Kita hantar anak ke sekolah dengan harapan dapat dididik jadi insan yang lebih berguna. Tapi sakitnya hati bila ada guru tergamak buat perkara tak senonoh kat pelajar yang sepatutnya dilindungi.
Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Wani Ardy, kegiatan gangguan seksual di sebuah sekolah rendah di Ampang dah berlaku sejak bulan Jun lagi. Perkongsian ini dibuat atas kebenaran Khadijah Malek (K), seorang peguam bela dan peguam cara.
Ketika Khadijah minta sebarkan perkara ni kat media sosial, Wani sangka dia hanya mahu berkongsi demi keselamatan semua. Tapi rupa-rupanya anak kecil yang menjadi mangsa gangguan seksual tersebut adalah anak perempuan Khadijah sendiri.
Anak perempuannya bertudung dan baru berusia 10 tahun. Dalam usia yang sangat muda, anak kecil ni terpaksa berdepan dengan gangguan seksual daripada seorang guru lelaki berusia 53 tahun yang mengajar di sekolah tersebut.
Kes ni mula-mula terjadi bulan lepas dan ini kronologi yang dikongsikan Wani:
13 Jun 2018
14 Jun 2018
Laporan polis dibuat. K fikir taknak teruskan kes sebab mungkin ni kes pertama dan kes terpencil tapi dia tetap buat laporan polis untuk rekod dan bawa kes ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
19 Jun 2018
K hubungi dan jumpa dengan ibu bapa pelajar-pelajar lain yang jadi saksi dan nampak apa ‘cikgu’ tu buat kat anak perempuan dia.
25 Jun 2018
K pergi sekolah untuk jumpa Guru Besar tapi Guru Besar cuti pulak. K dapat tahu yang ‘cikgu’ tu dipindahkan ke sekolah anak dia 5 tahun yang lalu atas kesalahan yang sama kat sekolah lama. Ya, ini bukan pertama kali.
26 Jun 2018
Lepas tu K pergi sekolah dan berjaya jumpa dan bercakap dengan Guru Besar tu. K tunjukkan laporan polis yang dia buat. Guru besar tu cakap dorang akan siasat.
27 Jun 2018
28 Jun 2018
PPD telefon dan maklumkan pada ibu bapa yang dorang terima laporan dari sekolah. K maklumkan ‘cikgu’ tu akan dipanggil ke PPD untuk sesi kaunseling. Dah suka hati kau raba anak orang, kena kaunseling je?!
29 Jun 2018
30 Jun 2018
Pegawai penyiasat dan K pergi sekolah tu untuk ambil gambar kat tempat kejadian (bilik ko-kurikulum), dan dorang buat appointment sehari sebelum dorang pergi. Tapi bila dorang sampai kat sekolah, sekolah tu biar dorang tunggu sampai tiga jam, tak dapat apa-apa, dengan alasan “kunci tak jumpa”.
2 Julai 2018
Pegawai penyiasat pergi ke sekolah untuk ambil gambar di tempat kejadian.
3 Julai 2018
Pegawai penyiasat minta pemeriksaan kesihatan dilakukan kat hospital ke atas anak perempuan K.
10 Julai 2018
Pegawai penyiasat bawa anak perempuan K ke Children Interview Centre.
Lepas buat semua ni, pegawai penyiasat tunggu arahan daripada Bukit Aman dan K dalam proses untuk pindahkan anak-anak dia ke sekolah lain. Semua tindakan rasmi dah dibuat, tapi kenapa Wani nak tularkan lagi kes ni?
Lebih teruk lagi bila respon yang dorang dapat daripada Guru Besar tu langsung tak membuatkan hati K lebih tenang. Ada ke guru besar tu suruh K bersemuka sendiri dengan ‘cikgu’ tu dan settle sendiri je benda ni di antara dorang berdua? Masalahnya benda ni bukan hanya melibatkan anak K, tapi ramai lagi pelajar-pelajar lain kat sekolah tu.
Tanpa memandang ‘cikgu’ dan hanya mengetahui dia berada berdekatan dengan pencabul tu pun dah cukup buat anak perempuannya tertekan. Kesiannya…
Hasil keprihatinan rakyat Malaysia menularkan kes gangguan seksual ni, guru lelaki tu akhirnya dah pun ditahan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat memberitahu bahawa permohonan reman suspek akan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (AKSKK) 2017.
Mujurlah dah kena tangkap. Orang macam ni tak layak jadi guru. Jatuhkan nama baik pendidik je!
NOTA: Gambar di atas hanya untuk tujuan ilustrasi sahaja.
Baca: Wanita Menangis Cerita Saat Terima Gangguan Seksual Jururawat Lelaki Ketika Separuh Sedar