in

Lelaki Psiko! Kurung Anak, Pijak Muka Sebelum Hantar Gambar & Video Dekat Bekas Isteri

Budak Kena Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki sanggup mendera anak kecilnya berusia 20 bulan sambil ambil gambar dan merakam perbuatan keji tu untuk dihantar kepada bekas isterinya dipercayai kerana dendam.

Beberapa gambar kanak-kanak malang tu viral di internet dan netizen kini mendesak pihak berkuasa supaya siasat lelaki durjana tersebut. Menurut Harian Metro, Xu Qian mendera anaknya itu di rumahnya dekat Caitang Town di wilayah Guangdong selatan China.


Antara gambar yang tersebar menunjukkan si kecil itu dikurung di dalam sangkar anjing dan sedang menangis. Bukan tu je, Xu Qian turut sanggup memijak kepala dan merantai anaknya tu.

Kata bekas isterinya, Xu Ting, dia juga pernah menjadi mangsa dera lelaki tersebut. Lepas dapat tahu anaknya didera, Xu Ting membuat laporan polis tetapi katanya penjelasan polis tidak memuaskan hatinya.

Mereka (polis) memberi alasan lelaki tertekan dan wanita pula perlu bertimbang rasa. Polis itu juga lelaki dan mereka sebenarnya membantu satu sama lain.”

Saya sering didera dan setiap kali polis dipanggil, mereka hanya mengkritik dan menasihatinya tetapi tidak menahannya.”

Lebih menyedihkan, Xu Ting pernah mendapatkan peguam untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak berhasil. Katanya,

Saya pernah tanya peguam, tetapi katanya kesemua gambar tiada menunjukkan muka bapa kanak-kanak tu, jadi undang-undang tidak akan layan.”

Sejak gambar kanak-kanak itu tersebar di internet, ramai netizen desak polis untuk ambil tindakan tegas. Mereka mahu lelaki kejam itu dikenakan hukuman berat kerana tergamak mendera anak yang masih kecil.

Menurut pihak polis, siasatan kini sedang dijalankan.

Kenapa marah dekat orang lain kena lepaskan pada anak? Budak tu kecil lagi, sanggup eh?!!!

Baca: “Apa la dosa ibu sampai sanggup buat dia mcm tu sekali”- Warga Emas Ini Jadi Mangsa Dera Anak Menantu Durjana

Feat 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.