“Apa la dosa ibu sampai sanggup buat dia mcm tu sekali”- Warga Emas Ini Jadi Mangsa Dera Anak Menantu Durjana

Dalam riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemarahan ibu bapa.”

Sebagai anak pernah tak kita terfikir di nombor berapakah kita letakkan ibu dalam hidup kita? Pernah tak kita terbayangkan kesakitan yang seorang ibu alami disaat melahirkan kita ke dunia?

Hakikatnya kita hanya menerima segala kasih sayang yang dicurahkan mereka tanpa sedikitpun ucapan terima kasih atau kucupan mesra buat insan bergelar ibu.

Persoalannya wajarkah kita membalas segala kesakitan mereka, kesusahan dan kasih sayang yang mereka curahkan kepada kita dengan berlaku kasar, zalim dan kurang ajar kepada mereka?

Ini yang berlaku di Bukit Mertajam, Pulau Pinang apabila tergamak anak dan menantu mengurung dan mendera ibu mereka sendiri.

Perkongsian Sharel di facebook ini pasti akan buatkan korang mengalirkan air mata.

Kejamnya…..wahai anak, sanggup kau lakukan bgitu kepada ibumu yang bertarung nyawa melahirkan mu

Posted by Sharel on Wednesday, March 13, 2019

 

Menurut laporan Bernama,wanita warga emas berusia 70 an itu bukan sahaja didera sehingga mengakibatkan kecederaan di beberapa bahagian terutama di belakang badan, sebaliknya dia turut dikurung di dalam rumah oleh anak dan menantunya di Flat Sri Desa Wawasan.

Bagaimanapun syukur alhamdulillah kerana wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh jiran yang mendengar dia meminta bantuan pada kira-kira 1 tengahari semalam di rumahnya di tingkat 12. Itupun sewaktu ketiadaan anak dan menantunya.

Depa buat makcik kan? Depa buat makcik kan? Makcik tak boleh tipu..habaq ja

Posted by Sharel on Wednesday, March 13, 2019

Posted by Sharel on Wednesday, March 13, 2019

 

Tindakan jiran tersebut wajar dipuji kerana pantas menyelamatkan wanita warga emas itu selain turut menghubungi polis, ambulans dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tindakan selanjutnya.

Bagaimanapun wanita tersebut menafikan yang dia didera anaknya, sebaliknya menyatakan kecederaan dialami akibat terjatuh.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mangsa cedera di belakang badan, tangan dan kepala dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut.

Berdasarkan maklumat awal, anak kepada warga emas itu jarang memberi ibunya makanan kerana didakwa mengalami masalah kewangan,”

Disebabkan kejadiann tersebut dua anak lelaki dan menantu perempuan warga emas berkenaan berusia 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan.

Kecederaan di kepala dipercayai akibat didera.

Anak sakit mental, menantu pula OKU!

Berdasarkan maklumat JKM, dua anak lelaki warga emas itu juga merupakan penerima bantuan daripada jabatan berkenaan.

Difahamkan anak wanita warga emas tersebut mempunyai masalah mental selain turut tidak bekerja manakala menantu perempuan mangsa adalah orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

“Selain empat beranak itu, cucu mangsa berusia 11 tahun iaitu anak kepada pasangan suami isteri berkenaan turut tinggal di rumah itu.”

“Polis akan memanggil jiran mangsa untuk direkodkan keterangan bagi membantu siasatan kes.”

“Polis masih menyiasat siapa yang mendera wanita itu kerana ketika diselamatkan mangsa hanya mendiamkan diri sehingga dibawa ke HSJ,”

Kalau korang nak tau, difahamkan yang wanita warga emas tersebut mempunyai sejarah sakit mental (kemurungan) dan keluarga berkenaan dikatakan akan mengemis sekiranya wang bantuan daripada JKM sudah habis digunakan.

Semoga mangsa menerima rawatan dann sembuh seperti sediakala..amin

Baca : Hanya doa dan air mata yang mampu kami buat setakat ini Ibu-ibu Pesakit Epidermolysis Bullosa (EB) Rayu Bantuan Alatan Dressing Anak Sebab

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.