in

Kubur CEO Cradle Fund Akan Digali Semula Rabu Ini

Nazrin Kubur

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Oh mak ai, gali semula????


Selepas menahan beberapa suspek berhubung kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Allahyarham Nazrin Hassan, hari ni Mahkamah Majistret meluluskan permohonan pihak polis untuk menggali semula kuburnya.

Menurut Berita Harian, mayat Allahyarham yang meninggal dalam kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara Jun lalu itu diperlukan untuk proses bedah siasat kali kedua. Permohonan tu dibuat oleh dibuat pegawai penyiasat kes itu di dalam kamar Majistret Nor Ariffin Hisham.

Cradle Nazrin Hassan
sumber: the star

Sumber berkata, proses penggalian kubur jenazah yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara tu akan dilakukan pada Rabu ini (3 Oktober 2018).

Isteri Nazrin, Samirah Muzaffar bersama bekas suaminya telah ditahan reman selama tujuh hari pada 4 September lalu. Pada 9 September pula, anak tiri Nazrin berusia 14 dan 16 tahun pula ditahan.

Nazrin Wife
sumber: mysuara

Bukan mereka sahaja, sepasang suami isteri yang juga adik ipar kepada Nazrin direman empat hari pada 24 September lalu. Bagaimanapun, difahamkan kesemua suspek telah dibebaskan selepas tamat tahanan reman.

Nazrin Adik 1

Nazrin Adik 2
sumber: berita harian

Nazrin maut dalam kebakaran pada 14 Jun lalu di kediamannya. Laporan awal mengatakan beliau meninggal dunia akibat letupan telefon bimbit di atas katil.

Walau bagaimanapun, Ketua Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata berdasarkan laporan pihak bomba, ia kemudian diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Nazrin Katil
sumber: berita harian

Nazrin dikatakan terperangkap dalam kebakaran di bilik tidur rumah teres dua tingkat beliau di Mutiara Homes, Petaling Jaya dan berkemungkinan meninggal akibat terhidu bau asap.

Sama-sama kita tunggu apa laporan seterusnya…

Baca: Makin Rumit! Adik Ipar dan Suami Pula Ditahan Kes Bunuh CEO Cradle Fund

Nazrin Hassan111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.