in

Makin Rumit! Adik Ipar dan Suami Pula Ditahan Kes Bunuh CEO Cradle Fund

Nazrin Hassan111

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas isteri dan bekas suaminya serta anak-anak tiri direman bagi membantu siasatan kes bunuh CEO Cradle Fund Nazrin Hassan, hari ini adik ipar dan suaminya pulak direman selama 4 hari berikutan hal yang serupa. Wah hampir kesemua dalam family dah ditahan ni! 


Reman1
sumber: bh
Reman2
sumber: bh

Menurut Berita Harian, Penolong Pendaftar Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak telah benarkan tempoh reman sehingga Khamis ni bagi bolehkan siasatan lanjut terhadap kedua-dua suspek yang berusia 39 dan 41 tahun tu.

Siasatan jugak telah dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jikalau didapati bersalah, dikenakan hukuman gantung sampai mati. Erkk! 

Pada 4 September lepas, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar dan bekas suami telah ditahan selama 7 hari untuk bantu siasatan. Anak tiri CEO tu yang berusia 14 dan 16 tahun jugak dah ditahan pada 9 September lepas.

C5C3
sumber: mysuara

Mereka semua sudah dibebaskan lepas tamat reman.

Bagi yang masih tertanya-tanya, Cradle Fund ialah sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan yang peranannya bangunkan usahawan teknologi dan ekosistem syarikat permulaan Malaysia. Ia juga agensi yang beri biaya awal kepada syarikat yang berjaya macam Grab (sebelum ni MyTeksi) dan iMoney.

Semoga kes ni temui jalan penyelesaian dan keadilan yang sewajarnya. 

Baca: Selepas Isteri, Anak Tiri CEO Cradle Fund Direman 7 Hari

Naz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.