Isteri Arwah CEO Cradle Fund Didakwa Terlibat Pembunuhan Suami

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Masih ingat kes kematian Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan tak lama dulu? Kalau sebelum ni kes ni diklasifikasikan sebagai kes bunuh, hari ni isteri kepada arwah Nazrin ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya. 

Menurut Astro AWANI, wanita yang berumur 43 tahun tu telah direman kat Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya jam 2.15 pagi hari ni. Seorang lagi individu yang jugak ditahan merupakan bekas suami kepada isteri arwah Nazrin yang berada di Sepang jam 1 pagi malam tadi.

Sumber: Mysuara

Isteri arwah yang merupakan eksekutif kanan bagi Property Corporation of Malaysia (MyIPO) dilihat berpakaian baju T hitam tiba di mahkamah pada jam 11 pagi sebelum dibawa keluar dari bilik tahan jam 12.20 tengah hari.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Terdahulu, isteri mangsa pernah mengkritik pihak berkuasa yang menyiasat kes kematian suaminya dengan mengatakan dia tidak dimaklumkan apa-apapun tentang butir siasatan. Malah dia juga menuduh Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat dakwaan tak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya tu. 

Sumber: Astro AWANI

Papepun sama-samalah kita nantikan siapa yang benar dan siapa yang salah dalam hal ni. Semoga kematian mangsa mendapat keadilan yang sewajarnya. 

Baca: Kematian CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Diklasifikasi Semula Sebagai Kes Bunuh 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!