in

Lepas Isteri, Anak Tiri CEO Cradle Fund Pula Direman!

D768

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lepas isteri arwah CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan direman bersama bekas suaminya 2 hari lepas, hari ini dua anak tiri mangsa dilaporkan telah direman juga untuk membantu membantu siasatan.  


Cradle Nazrin Hassan
sumber: the star

Menurut The Star, dua remaja lelaki tu ditahan sebab polis menjumpai satu kesan lubang pada leher mangsa yang didakwa berpunca daripada tusukan anak panah. Lebih mengejutkan, kedua-dua anak tiri mangsa pulak memang sertai kelab memanah kat sekolah menengah dorang. Wah plot twist giler ni!

“Kedua-dua budak lelaki tu direman untuk siasatan kes ni lepas mereka didapati pandai memanah dan ada jugak informasi terbaru yang didapati lepas sesi soal siasat dengan ibu bapa mereka,” kata sumber kepada pemberita.

20180814 Samirah
sumber: carigold

Menurut The Malay Mail, isteri Nazrin, Samirah Muzaffar ni jugak merupakan anak kepada ahli politik sains dan reformist terkenal Chandra Muzaffar. Ketika dua anak tiri mangsa ini ditahan semalam (5 September), budak-budak ni dikatakan tinggal bersama Chandra.

Info terbaru memaklumkan bahawa dua remaja lelaki tersebut telah dibebaskan pihak polis tak lama lepas tu, lapor The Malay Mail.

Fuh macam tak percaya kes ni sampai boleh jadi macam ni! Harap kes ni temui jalan penyelesaian. 

Baca: Isteri Arwah CEO Cradle Fund Didakwa Terlibat Pembunuhan Suami 

Isteri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.