in

Kilang Gardenia Bakal Dibuka Di Sarawak, Rancang Perkenal Roti ‘Sarawak Edition’

Ft Roti Gardenia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

KIlang pembuatan roti Gardenia bakal dibuka di Sarawak, pembukaan itu dibuat menerusi RM30 juta yang dirancang oleh Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) hasil kerjasama strategik dengan Sanjung Etika Sdn Bhd.

Perancangan tersebut dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara anak syarikat KTC dan Sanjung Etika, anak syarikat milik penuh Yayasan Sarawak untuk meneroka penubuhan syarikat usahasama yang akan mengendalikan operasi pembuatan roti Gardenia di negeri tersebut.


Artikel berkaitan: “Dah tahu cara sebut roti canai” – Sebutan Roti ‘Kanai’ Jadi Bualan, Peserta MasterChef Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Artikel berkaitan: “Suspek dakwa remaja itu korek hidung ketika tunggu giliran” – Polis Tahan Lelaki Yang Tampar Remaja Ketika Beli Roti

Tubuh peluang pekerjaan & perkenalkan rangkaian produk Edisi Sarawak

Screenshot 2026 07 14 163302

Oleh itu, sebagai sebahagian daripada perancangan, KTC turut memohon tanah seluas 3.06 hektar daripada kerajaan Sarawak untuk membina kilang tersebut dan ia dijangka mampu mewujudkan sekitar 500 peluang pekerjaan baharu buat graduan tempatan serta tenaga kerja mahir.

Malah, kedua-dua pihak ini menyasarkan untuk memeterai perjanjian usahasama (JV) dan Perjanjian Pemegang Saham dalam tempoh tiga bulan lagi sebelum penubuhan rasmi syarikat berkenaan.

Selain pembinaan kilang, KTC juga merancang untuk perkenalkan satu lagi rangkaian produk dan pembungkusan khas yang dikenali sebagai Gardenia ‘Sarawak Edition’ bagi menghargai identiti dan warisan budaya negeri tersebut.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.