in

“Suspek dakwa remaja itu korek hidung ketika tunggu giliran”- Polis Tahan Lelaki Yang Tampar Remaja Ketika Beli Roti

Lelaki Tampar Remaja Ketika Beli Roti Ditahan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu kejadian membabitkan seorang remaja lelaki yang ditampar oleh seorang lelaki dewasa ketika sedang menunggu giliran untuk membeli roti di sebuah kedai di Stesen LRT Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Mangsa yang berusia 13 tahun disahkan mengalami kecederaan soft tissue injury nasal lesion akibat tamparan tersebut.


Terkini, pihak polis berjaya menahan suspek, seorang lelaki berusia 48 tahun, pada petang semalam ketika berada di sekitar kawasan Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Tampar Ketika Beli Roti

Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Remaja Dit*mpar Alami ‘Soft Tissue Injury’, Siasatan Lanjut Sedang Dijalankan

Artikel berkaitan: Tular Video Wanita Dit*mpar & Dip*kul Suami Di Tempat Awam Di Melaka

Menurut hasil siasatan polis, suspek mendakwa bertindak menampar remaja lelaki itu kerana berang selepas melihat mangsa mengorek hidung ketika menunggu giliran untuk membeli roti di sebelahnya.

Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau yang melibatkan kes narkotik.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Sumber: Buletin TV3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.