Seorang Kanak-kanak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Sarawak

Tambah ke Sumber Pilihan
Seorang Kanak-kanak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Sarawak

Suasana hening awal pagi di sebuah kawasan perumahan bertukar menjadi tragedi apabila seorang kanak-kanak lelaki ditemui rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat di Lorong 1, Taman Sentosa Indah, Sri Aman, Sarawak, awal pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, rumah jenis separuh kekal yang didiami keluarga berkenaan dilaporkan terbakar dengan pantas sebelum api marak sehingga memusnahkan keseluruhan struktur bangunan.


Ketika kejadian, beberapa penghuni dipercayai sedang berada di dalam rumah sebelum jeritan meminta tolong didengari oleh jiran berhampiran.

Screenshot 2026 03 07 At 12.06.23 Pm

Artikel berkaitan: Warga Emas Pekak & Bisu M*ut Terperangkap Dalam Satu Kebakaran Rumah

Artikel berkaitan: Tunggu Kelahiran Pertama Ogos Ini, Suami Reda Isteri Hamil 3 Bulan Maut Kebakaran

Pasukan bomba yang menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.02 pagi bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan sembilan anggota.

Sebaik tiba di tempat kejadian, api dilaporkan sudah merebak dengan cepat dan rumah tersebut hampir musnah sepenuhnya.

Orang awam yang berada berhampiran berjaya membantu mengeluarkan dua mangsa dewasa sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Seorang wanita dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada bahagian tangan, manakala seorang lelaki pula melecur hampir seluruh badan sebelum kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan lanjut.

Bagaimanapun, usaha itu tidak sempat menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai terperangkap di tingkat atas rumah tersebut.

Mangsa ditemui dalam keadaan rentung selepas api berjaya dikawal.

Seorang lagi kanak-kanak perempuan dilaporkan selama. Identiti mangsa masih belum disahkan, namun dipercayai mereka merupakan ahli keluarga yang sama.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Seorang Kanak-kanak Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Rumah Di Sarawak
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/seorang-kanak-kanak-ditemui-rentung-dalam-kebakaran-rumah-di-sarawak/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM