“Laki siapa ni” – Kemunculan Buaya Besar Di Sungai Klang Curi Tumpuan

Jadikan sumber pilihan di Google
“Laki siapa ni” – Kemunculan Buaya Besar Di Sungai Klang Curi Tumpuan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau lalu kawasan jambatan merentasi Sungai Klang, memang ramai yang jarang-jarang nak menjengah ke bawah tengok keadaan air sungai yang keruh. Tapi lain pula ceritanya buat seorang penunggang motosikal ini apabila dia dikejutkan dengan kelibat reptilia gergasi yang sedang santai berenang di situ!

Menerusi satu perkongsian video di platform Threads oleh pengguna bernama @epilogkehidupan94, kelihatan seekor buaya bersaiz besar muncul di permukaan air berhampiran struktur jambatan Sungai Klang.


Artikel berkaitan : “Macam tengok bola” – [VIDEO] Detik Buaya Masuk Perangkap Buat Ramai Terkejut

Artikel berkaitan : Mayat Lelaki Warga India Ditemui Tidak Sempurna, Dipercayai Dibaham Buaya

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, pemilik video dilihat memberhentikan motosikalnya di atas jambatan dan sempat ‘zoom’ kameranya ke arah sungai sebelum ternampak dengan jelas tubuh panjang sang bedal yang sedang berenang tenang melawan arus.

Malah, dalam rakaman tersebut turut kedengaran suara perakam yang terkejut melihat saiz reptilia berkenaan sebelum berjenaka di ruangan kapsyen hantaran tersebut.

“Gorgon sungai klang. Laki siapa ni oi, kutip bawak balik.”

Di penghujung video, perakam turut mengalihkan kamera ke arah papan pemuka motosikalnya, menandakan dia berhenti seketika di tepi jalan semata-mata untuk merakam detik rare berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen dan reaksi netizen, rata-rata terhibur dengan kapsyen ‘padu’ pemilik video yang menyamakan buaya tersebut dengan lelaki mata keranjang dan meminta pihak berkenaan ‘mengutipnya’ pulang.

Buaya Buaya 2 Buaya 3 Buaya 4

Sumber : Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Mende?

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Laki siapa ni” – Kemunculan Buaya Besar Di Sungai Klang Curi Tumpuan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/laki-siapa-ni-kemunculan-buaya-besar-di-sungai-klang-curi-tumpuan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen