Keganasan Rumah Tangga Bukan Sekadar Lebam, Tapi Gaji Pun Jadi Senjata Kawalan!

Jadikan sumber pilihan di Google
Keganasan Rumah Tangga Bukan Sekadar Lebam, Tapi Gaji Pun Jadi Senjata Kawalan!

Ramai yang masih ingat keganasan rumah tangga dan keganasan terhadap wanita ini sekadar lebam di badan atau tumbuk-menumbuk saja. 

Tapi hakikatnya, zaman sekarang banyak lagi cara halus yang boleh buat wanita rasa terperangkap termasuklah bila hal duit dijadikan alat ugutan.


Bayangkan bila gaji sendiri kena serah, akaun bank kena sekat, atau tiba-tiba kena buat pinjaman atas nama sendiri demi memuaskan hati orang lain. 

929136591 1788515259047571 8309066786800262271 N

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying berkata, ramai yang menganggap tindakan membantu pasangan dari segi kewangan sebagai tanda kasih sayang dalam keluarga. Namun, apabila wang dijadikan alat untuk mengugut, memaksa atau mengawal seseorang, ia jelas merupakan satu bentuk penderaan kewangan yang tidak boleh dikompromi, lebih-lebih lagi apabila trend penderaan ini dilihat semakin meningkat.

“Apabila wang dijadikan alat untuk mengugut, memaksa atau mengawal seseorang, ia merupakan keganasan yang tidak boleh dikompromi.” 

75 Peratus Kes Keganasan Rumah Tangga Libatkan Wanita

929647061 1098986096509812 8486303449590343364 N

Kalau tengok statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh Januari hingga September 2026, sebanyak 5,862 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara, dengan 4,411 kes atau sekitar 75 peratus melibatkan mangsa wanita. 

Secara global pula, statistik UN Women menunjukkan hampir satu daripada tiga wanita di seluruh dunia pernah mengalami keganasan fizikal atau seksual oleh pasangan sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayat.

Angka ini bukan sekadar nombor atas kertas. Ia menjadi peringatan jelas bahawa usaha pencegahan, intervensi awal, perlindungan dan sokongan kepada mangsa serta pemandiri perlu terus diperkukuh, termasuk menerusi kerjasama bersama kerajaan negeri dan pihak tempatan di kawasan berisiko tinggi seperti Selangor.

Ikrar Digital & Panduan Lindungi Kewangan Wanita Dilancar

Bersempena Sambutan Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW) pada 25 November 2026, Ikrar Digital: Toleransi Sifar Keganasan Terhadap Wanita turut dilancarkan. 

Ikrar ini menjadi seruan kepada rakyat Malaysia untuk menolak segala bentuk keganasan dan normalisasi penderaan sama ada di rumah, tempat kerja, institusi pendidikan atau ruang digital dengan berhenti menyalahkan mangsa serta berani menegur sikap yang membuka ruang kepada keganasan dan menghulurkan bantuan secara selamat.

“Toleransi sifar keganasan bermakna kita memilih untuk menghormati maruah, keselamatan dan hak setiap wanita dalam kehidupan seharian. Ikrar ini menjadi satu peringatan kepada semua bahawa kita perlu lebih berani menegur sikap dan juga amalan yang membuka ruang kepada keganasan.”

Pada masa sama, turut dilancarkan dokumen Financial Abuse and Financial Resilience: Policy Considerations for Islamic Financial Institutions in Malaysia hasil kerjasama UNFPA dan IRCEIF. Dokumen ini mengetengahkan isu penderaan kewangan dan menjadi rujukan penting termasuk kepada institusi kewangan bagi memperkukuh daya tahan ekonomi wanita, melindungi simpanan serta membantu mereka mendapatkan semula kawalan ke atas kewangan sendiri.

Menara KL Bermandi Cahaya Oren Sempena 16 Hari Aktivisme

Tanggal 25 November setiap tahun turut menandakan bermulanya Kempen 16 Hari Aktivisme Menentang Keganasan Berasaskan Gender sehingga 10 Disember bersempena Hari Hak Asasi Manusia. 

Bertemakan “UNITE to End Violence against Women and Girls: Ensure justice, protect survivors, end impunity”, sambutan tahun ini menekankan kepentingan menegakkan keadilan, melindungi pemandiri dan memastikan pelaku tidak terlepas daripada tindakan.

924706115 1644212913848923 3038720848080344953 N

Sambutan ini turut disemarakkan dengan Kempen Orange the Nation menerusi pencahayaan berwarna oren di Menara Kuala Lumpur sebagai simbol harapan dan solidariti ke arah masa depan yang selamat serta bebas daripada keganasan.

“Warna oren melambang warna hadapan untuk harapan untuk masa depan yang lebih selamat dan bebas daripada keganasan.”

Sokongan Diteruskan Walaupun Selepas Krisis Reda

Bila krisis reda atau laporan polis sudah dibuat, sokongan sebenarnya tidak patut terhenti begitu saja. 

Sepanjang tahun 2026, KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan 144 program dan kempen pencegahan keganasan serta diskriminasi yang memberi manfaat kepada 37,774 peserta termasuk Aku Wanita@KRT, sesi perkhidmatan PRISMAnita, serta Program Santun Kasih Pemandiri@Keganasan Rumah Tangga (SARI@KRT) yang dilancarkan pada 20 Ogos 2026 bagi membina semula keyakinan diri dan kemandirian pemandiri.

Usaha ini turut disemarakkan dengan pertandingan video pendek, poster interaktif dan threads bertema tiada alasan untuk keganasan dan satu tindakan seribu perubahan, selain digerakkan bersama pelbagai agensi dan NGO menerusi IRIS,MATAHARI dan Skuad WAJA bersama PDRM, JKM, KKM serta Jabatan Bantuan Guaman.

Kalau ada wanita atau sesiapa saja di luar sana yang berdepan keganasan atau rasa terancam, ingatlah anda tidak keseorangan. Terus dapatkan bantuan pihak polis, hubungi Talian Kasih 15999, atau dapatkan panduan dan khidmat nasihat melalui PRISMAnita serta agensi berkaitan kerana keselamatan bukan keistimewaan, sebaliknya hak setiap insan.

“Kepada wanita yang sedang berhadapan dengan keganasan, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian. Sekiranya berasa terancam, segera dapatkan bantuan pihak polis atau hubungi Talian Kasih 15999.”

Sumber: Siaran media & Sidang Media Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Lim Hui Ying

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Farhana Abd Kadir
Semua tulisan Farhana

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Keganasan Rumah Tangga Bukan Sekadar Lebam, Tapi Gaji Pun Jadi Senjata Kawalan!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/keganasan-rumah-tangga-bukan-sekadar-lebam-tapi-gaji-pun-jadi-senjata-kawalan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen