in

“Dah tahu cara sebut roti canai” – Sebutan Roti ‘Kanai’ Jadi Bualan, Peserta MasterChef Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Roti Kanai Peserta Masterchef Minta Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang peserta MasterChef US musim ke-16, menyorot perhatian pengguna media sosial selepas tular videonya menyebut salah satu makanan popular Malaysia, roti canai sebagai ‘roti kanai’ ketika muncul dalam rancangan tersebut.

Dalam rancangan tersebut, Jaime Tan mewakili rantau Asia-Pasifik, berjaya menambat hati ketiga-tiga juri termasuk Gordon Ramsay, Joe Bastianich dan Tiffany selepas menyediakan hidangan roti canai dalam masa sejam dengan menjuarai cabaran ‘World Cup Cookoff’ itu.


Susulan cara sebutan roti canai mencetuskan perdebatan ramai, Jaime yang merupakan seorang content creator masakan dan penstrim Twitch tampil memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

@masterchefusofficial

her roti canai had us asking, “CANAI please try that dish!?” 🤩😋🍽️ 🇲🇾 meet Jaime @jaime representing Malaysia for Team Asia-Pacific on MasterChef: Global Gauntlet streaming on @hulu. 🏆🧑‍🍳

♬ original sound – MasterChef

Jelas Jaime dalam satu hantaran terbaharu, dia berasa sedih kerana telah mengecewakan ramai warga Asia Tenggara kerana sebutan ‘roti kanai’ yang tular itu.

“Saya minta maaf. Ia tidak disengajakan sama sekali. Saya tidak berniat untuk tersilap sebut hidangan kebangsaan dalam rancangan televisyen.

“Jadi, saya minta maaf. Ia adalah satu kesilapan dan sekarang saya tahu cara nak sebut roti canai,” ujarnya.

Artikel berkaitan: 5 Warung Roti Canai Melayu Terbaik Untuk Sarapan Di Lembah Klang

Artikel berkaitan: Netizen Indonesia Kurang Senang Lepas Warga Malaysia Dakwa Rendang Berasal Dari Malaysia

Screenshot 2026 06 10 123133

Jaime juga mendedahkan bahawa dia tidak dibesarkan di Malaysia tetapi bapanya berasal dari Johor serta datuk dan neneknya pernah mengusahakan kedai kopitiam.

“Ayah saya berasal dari Johor dan kedua-dua atuk dan nenek saya pernah mempunyai kedai kopitiam sebelum mereka meninggal dunia. Saya rasa ada pertalian yang kuat dengan Malaysia.

“Dapat mewakili Malaysia dalam rancangan itu sangat bermakna untuk saya, jadi sudah semestinya saya rasa kecewa dengan diri sendiri,” katanya.

@igumdrop

I am sorry 🥲 roti kanai incident

♬ original sound – jaime

Pada akhir video, Jaime menyatakan walaupun dia tidak dapat menyebut roti canai dengan baik tetapi dia mampu mengopek buah durian dengan tangan sekali gus membuktikan dia masih mempunyai ciri-ciri seperti rakyat Malaysia.

“Walaupun saya tak dapat sebut roti canai dengan betul, tapi saya boleh buka durian hanya menggunakan tangan. Dan saya rasa itu agak ‘Malaysian’. Jaime boleh,” ujarnya.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.