“Semoga Tenang Di Sana Bapak” – Steven Sim Tulis Puisi Istimewa Buat Allahyarham A. Samad Said, Guna Tajuk-Tajuk Karya Terkenal!

Jadikan sumber pilihan di Google
“Semoga Tenang Di Sana Bapak” – Steven Sim Tulis Puisi Istimewa Buat Allahyarham A. Samad Said, Guna Tajuk-Tajuk Karya Terkenal!

Pemergian Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri (Dr) A. Samad Said sememangnya satu kehilangan besar buat dunia kesusasteraan tanah air.

Susulan berita duka itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Steven Sim Chee Keong turut menzahirkan rasa dukacita serta penghormatan terakhirnya menerusi satu hantaran di media sosial.


Menerusi perkongsian tersebut, Steven menyifatkan Allahyarham atau lebih mesra disapa Pak Samad sebagai figura yang mengajar masyarakat bahawa sastera dan siasah (politik) tidak dapat dipisahkan.

“Terima kasih Pak Samad kerana mengajar bukan sahaja dengan kata-kata malah mengajar dengan teladan jiwa hidupmu bahawa sastera dan siasah berpisah tiada. Semoga tenang di sana Bapak.”

Lebih menyentuh hati, Steven turut berkongsi sebuah puisi khas yang dikarang sendiri sebagai tanda penghormatan buat tokoh sastera negara itu.

926563217 1693593285629457 8250409789520615381 N

Menurut Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu, bait pertama puisi berkenaan telah ditulis pada tahun 2015 ketika Allahyarham menyertai DAP, manakala bait-bait seterusnya digubal pada tahun 2017 dengan menyelitkan tajuk-tajuk karya agung Pak Samad.

Berikut merupakan nukilan penuh puisi tersebut:

Pabila angkuh berlagak pandai,

Pabila ombak melanggar pantai;

Pabila Negara kian tergadai,

Pak Samad menyertai partai.

 

Bendera Merah di atas Bukit,

Nun di sana seorang petapa,

Tatkala parah seribu prajurit,

Nun di sana seorang pujangga.

 

Langit Petang beralih masa,

Suara Rasa sunyi menyata,

Pencinta aman kekasih bangsa,

Bersilat dengan kata-kata.

 

Daun Berguguran panah bersilang,

Wira Bukit beradu kuat,

Filsuf Sartre pernah bilang,

Kata-kata itu pistol bermuat.

 

Liar di Api, si anak watan,

Berjuang Di atas Padang Sejarah,

Biar di hati sarat harapan,

Berjuang bersama Sang Sastera.

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memuji kreativiti Steven menggabungkan naskhah-naskhah ikonik Pak Samad seperti Langit Petang, Daun Berguguran, Wira Bukit dan Liar di Api menjadi sebuah karya penghormatan yang cukup puitis.

Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Samad. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sumber: Facebook Steven Sim Chee Keong & Instagram Steven Sim Chee Keong

Apa rasa korang?

Ikut topik ni

Farhana Abd Kadir
Semua tulisan Farhana

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Semoga Tenang Di Sana Bapak” – Steven Sim Tulis Puisi Istimewa Buat Allahyarham A. Samad Said, Guna Tajuk-Tajuk Karya Terkenal!
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/semoga-tenang-di-sana-bapak-steven-sim-tulis-puisi-istimewa-buat-allahyarham-a-samad-said-guna-tajuk-tajuk-karya-terkenal/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. featured
  2. malaysia
  3. viral
  4. netizen