in

Kibar Bendera Putih, Lelaki Tak Sangka Warganet Sanggup Bayar Sewa Rumah & Ansuran Kereta Tertunggak

Minta Bantuan Kibar Bendera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak dari semalam, kempen ‘kibar bendera putih’ yang disarankan kepada mereka yang memerlukan bantuan telah menerima sambutan baik netizen di luar sana.


Malah seorang individu yang viral kerana memuat naik gambar kibaran bendera putih di hadapan rumahnya selepas buntu mencari pendapatan untuk menyara anak dan isteri yang sedang hamil juga telah mendapat bantuan orang ramai semalam.

Bantuan 1

Menurut Harian Metro, Zulkiflie Samsudin, 39 yang berasal dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai ini bekerja sendiri sebagai juru kimpal dan telah kehilangan hampir separuh pendapatan bulanannya sepanjang pandemik COVID 19.

Dia yang mempunyai seorang isteri yang sedang hamil dan dua orang anak iaitu salah seorangnya berstatus OKU dan seorang lagi baru berusia setahun ini tidak mampu menyara kehidupan seharian keluarganya lagi.

Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,” katanya.

 

“Ada juga yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan” 

Dia juga bukan saja tak mampu membayar sewa rumah dan ansuran kereta, malah turut tak mampu membeli susu dan lampin pakai buang untuk anaknya yang masih kecil.

“Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana masalah kewangan dan keadaan saya bertambah buruk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdulillah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.

“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” kata Zulkiflie.

Hm153Kibat 1624966148

Lelaki terbabit juga berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu keluarganya selepas dia menaikkan bendera putih di hadapan rumah.

Buat masa ini barangan keperluan kami sudah mencukupi dan begitu juga dengan sumber kewangan.

“Saya amat bersyukur atas bantuan diterima dan hanya Allah mampu membalas jasa baik semua penderma,” katanya lagi.

Zul Kibar Bendera

Zulkiflie juga menerusi akaun Facebook telah memohon orang ramai untuk henti memberikan bantuan lagi kepadanya kerana bantuan yang diterimanya kini sudah mencukupi.

Malah dia juga memohon maaf kerana tidak sempat bertegur sapa dengan netizen kerana bimbang dituduh scammer.

Screenshot 2021 06 29 At 8.50.03 Pm

Semoga lebih ramai lagi yang dapat dibantu dengan inisiatif ini. 

Baca: “Kepada yang susah, tiada makanan naikkan bendera” – Rakyat Malaysia Lancar Kempen #BenderaPutih, Bantu Mereka Yang Memerlukan

Bendera Putih Kempen

Sumber: Blog
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.