Cubaan bapa untuk mendapatkan permit untuk pengebumian bagi anak perempuannya yang berusia 16 tahun di balai polis beberapa tahun lepas telah membongkar nasib sebenar remaja malang itu menjadi mangsa kekejaman abang iparnya sendiri di Kelantan.
Perkara yang mengejutkan itu terdedah semasa alasan penghakiman dikeluarkan di Mahkamah Kota Bharu semalam yang menolak rayuan tertuduh, Amir Sharif Muhamad terhadap hukuman penjara 32 tahun dan 22 sebatan kerana membunuh serta merogol mangsa, Nurshazreen Balqis.
Artikel berkaitan: Pertuduhan Kes Rogol Adik Ipar Dipinda, Rupanya Abang Ipar Turut Perkosa Mangsa
Artikel berkaitan: Hukuman Anak Datuk Dikekalkan, Ini Kes Rogol & Bunuh Chee Gaik Yap Yang Pernah Gemparkan Negara Tahun 2006
Kematian disangka vaksin Covid-9 rupanya….
Menerusi Berita Harian, Pesuruhjaya Kehakiman Azhar Mokhtar mengekalkan hukuman tersebut dengan memutuskan bahawa ia tidak berlebihan atau salah dari segi prinsip memandangkan tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan.
Menurut penghakiman tersebut, bapa mangsa, lbadri Mat pergi ke Balai Polis Meranti pada 29 Oktober 2021 untuk melaporkan terhadap kematian anak perempuannya dan ingin mendapatkan permit pengebumian kerana menyangkakan bahawa kematian tersebut itu ada kaitan dengan komplikasi vaksin Covid-19.
Bagamaimanapun, pihak polis menasihatkan Ibadri untuk merujuk kes tersebut ke Hospital Pasir Mas untuk pengesahan kematian memandangkan mangsa masih di bawah umur.
Seorang pakar patologi forensik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II menjalankan bedah siasat pada keesokan harinya dan mendapati bahawa Nurshazreen meninggal dunia akibat lemas (asfiksia) kerana mulut dan hidungnya ditekap.

Hasil juga turut menemukan terdapat kecederaan pada muka dan leher mangsa selain ada kesan koyak baharu pada alat sulit mangsa. Siasatan mendapati bahawa Amir Sharif ditahan pada keesokan harinya di sebuah pondok pengawal sekolah rendah berhampiran Pasir Mas.
Polis juga menemui kesan calar pada tubuhnya yang sepadan dengan kecederaan yang lazim berlaku ketika berlaku pergelutan dengan mangsa.
Mahkamah turut diberitahu bahawa ibu bapa mangsa keluar dari rumah mereka yang terletak di Kampung Bunut Susu pada pagi kejadian dan meninggalkan Nur Shazreen bersendirian bersama Amir Sharif.
Setelah pulang ke rumah, Amir Sharif sudah tiada di situ. Bukti forensik kemudiannya mengaitkannya dengan jenayah terbabit.
Bahkan, analisis asid deoksiribonukleik (DNA) menemukan air mani dan darah tertuduh pada pelbagai barangan termasuk pakaian mangsa, cadar, tilam, bantal dan selimut.
DNA Amir Sharif juga dikesan pada keratan kuku mangsa, menguatkan kemungkinan bahawa berlakunya pergelutan sebelum kematiannya.
Pada 14 April tahun ini, Amir Sharif mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 302 dan Seksyen 376(4) Kanun Keseksaan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 32 tahun dan 12 sebatan bagi kesalahan membunuh, serta penjara 15 tahun dan 10 sebaran kerana kesalahan merogol, dengan kedua-dua hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak bermula daripada tarikh ditangkap.

Tidak berpuas hati dengan hukuman bagi kesalahan membunuh, Amir Sharif mengemukakan rayuan dengan alasan bahawa hukuman itu terlalu berat.
Namun begitu, Azhar memutuskan bahawa hukuman tersebut hanya 2 tahun melebihi hukuman minimum yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu 30 tahun dan masih jauh di bawah hukuman maksimum 40 tahun penjara yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302.
Hakim turut mengatakan bahawa mangsa adalah seorang remaja yang terdedah dengan risiko dan Amir Sharif telah melakukan kesalahan itu terhadap ahli keluarganya sendiri.
“Dia sepatutnya menjadi individu yang memberikan perlindungan, penjagaan dan keselamatan kepada si mati.”
“Sebaliknya, perayu telah mengkhianati kepercayaan kekeluargaan itu dengan cara yang paling serius.”
Malah, mahkamah turut menyatakan bahawa kematian akibat tekup mulut dan hidung bukanlah berlaku serta merta dan mangsa mungkin mengalami ketakutan, panik serta penderitaan sebelum meninggal dunia.
Azhar juga memutuskan bahawa biarpun tertuduh sudah mengaku bersalah, statusnya sebgai pesalah kali pertama merupakan faktor yang boleh meringankan hukuman namun, ia ditenggelami oleh faktor lain seperti keseriusan kesalahan, usia mangsa, pengkhianatan kepercayaan, kecederaan seksual yang dialami mangsa serta bukti forensik yang sangat kukuh.
Sumber : Harian Metro
