in

“Kepada yang susah, tiada makanan naikkan bendera” – Rakyat Malaysia Lancar Kempen #BenderaPutih, Bantu Mereka Yang Memerlukan

Bendera Putih Kempen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika musim pandemik COVID 19, rakyat Malaysia semalam telah melancarkan kempen kibarkan #BenderaPutih di platform media sosial.



Kempen ini sebagai satu inisiatif bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik ini khususnya buat mereka yang terputus bekalan makanan dan perlukan bantuan segera.

Menurut perkongsian netizen di Facebook, cara kempen ini berfungsi ialah apabila mereka yang berdepan dengan kesusahan menaikkan bendera putih bagi memaklumkan bahawa mereka memerlukan pertolongan.

Oleh itu, bagi mereka yang prihatin, boleh korang pergi ke rumah dengan bendera putih ini untuk menghulurkan bantuan atau keperluan yang mereka perlukan pada ketika itu.

Kempen kibarkan bendera putih ini mendapat sambutan baik netizen serta golongan artis dan influencer di media sosial juga dilihat berkongsi posting berkaitan isu ini supaya lebih ramai yang cakna dengan masyarakat sekeliling yang memerlukan bantuan.

Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban yang ditanggung mereka dalam kesusahan. 

Baca: “Mereka sudah hidup `nyawa-nyawa ikan'” – Ramai Minta BNM Buat Moratorium Penuh Buat Rakyat

Bnm2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.