“Kepala anak dah terkeluar penuh” – Tak Sempat Ke Hospital, Suami Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Kelahiran Anak di Rumah

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kepala anak dah terkeluar penuh” – Tak Sempat Ke Hospital, Suami Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Kelahiran Anak di Rumah

Sesetengah lelaki tidak boleh melihat darah jadi untuk berada bersama isteri ketika melahirkan anak sememangnya satu cabaran besar buat mereka.

Apatah lagi kalau menjadi insan yang menyambut anak ketika isteri meneran dan melahirkan. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki di mana dia melalui detik cemas menjadi ‘bidan terjun’ baru-baru ini.


AnakSumber: mStar

Menurut mStar, Zamri Jamal Abdul Hakim, 35, berkongsi kejadian yang berlaku di rumah mereka dekat Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.

Ketika itu jam 2 pagi dan isterinya mengalami contraction dan mahu ke bilik air untuk mandi dan dia pula sedang mengemas barang-barang namun tiba-tiba air ketuban pecah.

Tiba-tiba isteri keluar dari bilik air beritahu rasa anak dah nak keluar. Air ketuban dah pecah. Saya kata okay, nak bawa dia segera ke hospital.”

Isteri kemudian kata anak dah nak keluar sekarang. Bila saya tengok, kepala anak dah terkeluar penuh. Tak sempat ke hospital.”

Anak5Sumber: mStar

Dek kerana mengikut kelas keibubapaan dan telah mempelajari tentang ‘gentle birth’ (teknik bersalin secara tenang, selesa dan selamat), Zamri tidak panik dan membuat keputusan untuk menyambut kelahiran anaknya itu.

“Terdetik dalam hati, ada dua nyawa di tangan saya. Terdapat kebimbangan mengenai bayi terjerut tali pusat atau pendarahan banyak semasa bersalin.”

“Tapi apa pilihan yang saya ada? Jadi, saya harus tenang dan yakin. Segala-galanya berlaku di bilik tidur kami. Isteri melutut di lantai dengan separuh badannya pada katil.”

“Saya suruh dia meneran , anak dah keluar selepas push kedua. Ia berlaku dengan pantas, tak sampai pun 5 minit. Syukur alhamdulillah.”

Rupa-rupanya ia merupakan pengalaman kedua buat Zamri menjadi bidan dan kali pertama adalah ketika anak pertamanya dilahirkan kira-kira 2 tahun lepas.

Anak3Sumber: mStar

“Masa tu doktor dan jururawat berada memerhati dan memberikan nasihat, tapi saya sendiri yang mengendalikannya untuk menyambut anak saya berdasarkan apa yang dilatih.”

“Begitu juga untuk kelahiran kedua ini. Memang saya rancang untuk sambut sendiri. Bukan pertama kali tapi tak sangka sambut di rumah, hanya kami berdua.”

“Mujur anak kami berusia 2 tahun sedang tidur di bilik lain, jadi keadaan lebih tenang. Sebelah tangan saya pegang bayi dan sebelah tangan lagi saya pegang uri.”

Anak1Sumber: mStar

Anak2 1Sumber: mStar

“Selepas bersalin, saya bawa isteri ke hospita;, ketika itu anak masih ada tali pusat. Perjalanan dari rumah ke hospital di KL hanya kira-kira 15 minit.”

Menurut Zamri, anak sulungnya itu dijaga oleh ibunya yang tinggal berdekatan sementara dia menghantar isteri dan bayi seberat 3.1kg baru dilahirkan itu.

Baca: Pekerja Rapid KL Tak Memasal Jadi Bidan Terjun, Penumpang Sarat Mengandung Nak Terberanak Dalam LRT

Rapid5Sumber: Gambar Hiasan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Sue Idris
Lagi tulisan Sue
Psycho-thriller movie? OH YASSS!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kepala anak dah terkeluar penuh” – Tak Sempat Ke Hospital, Suami Jadi ‘Bidan Terjun’ Sambut Kelahiran Anak di Rumah
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kepala-anak-dah-terkeluar-penuh-tak-sempat-ke-hospital-suami-jadi-bidan-terjun-sambut-kelahiran-anak-di-rumah/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM