Bukan senang nak mengandungkan bayi ni sebab sebagai ibu hamil, memang akan ada rasa mengidam nak makan macam-macam sebelum bersalin sebab selalunya lepas bersalin, mereka perlu berpantang dan tak boleh makan sesuka hati.
Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang wanita hamil ini apabila air ketubannya pecah ketika dia sedang asyik menikmati hidangan mookata di sebuah restoran di Thailand.
Untuk pengetahuan semua, mookata merupakan sejenis hidangan barbeku stail Thailand seperti steamboat.
Apabila wanita mengandung itu sedang makan hidangan tersebut di sebuah restoran, dia tiba-tiba merasakan tanda-tanda seperti mahu melahirkan kerana air ketubannya pecah.
Apa yang melucukan ialah dia berkali-kali memberitahu staf restoran itu agar tidak mengemas meja tempatnya makan kerana dia mahu kembali semula ke restoran itu untuk menghabiskan hidangan itu jika dia sebenarnya belum mahu bersalin atau bukaannya belum sampai waktu untuk bersalin.
Artikel Berkaitan: 7 Syarat Pelik Yang Selebriti Hollywood Tetapkan Sebelum Dibenarkan Jadi ‘Nanny’ Anak Dorang
Artikel Berkaitan: “Hati dah berdebar” – Doktor Kongsi Pengalaman ‘Deliver’ Bayi Dalam Lori Tepi ‘Highway’
Ini kerana wanita itu mengatakan dia belum sempat untuk makan semua hidangan lagi.
Kejadian itu diceritakan semula oleh pemilik restoran berkenaan di Facebook baru-baru ini dan telah mendapat perhatian ramai warganet yang terhibur dengan gelagat wanita hamil itu.
Paling best, dia tak perlu risau kerana pemilik restoran itu kemudiannya menawarkan wanita hamil yang hampir bersalin itu makanan percuma selama sembilan bulan seterusnya selepas dia melahirkan bayinya.
Ini kerana pemilik restoran itu mahu wanita itu fokus dengan proses kelahiran bayinya pada ketika itu.
Menurut pemilik restoran itu lagi, difahamkan wanita itu bersalin lebih awal dari tarikh yang dijangka oleh doktor.
Pemilik restoran itu juga turut ke hospital untuk melawat wanita itu dan bayinya.
Pemurah betul hati owner restoran tu kan. Betul lah kata orang yang anak tu bawa rezeki, untung wanita itu dapat makan free nanti.
Sumber: Facebook, Mothership.sg