in

“Bukak cepat!” – [VIDEO] Cashier Rakam Detik Cemas Disamun Ketika Bersendirian Di Kedai

speedmart semenyih samun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebelakangan ini, banyak kes pecah masuk dan samun yang berleluasa, tidak kira premis perniagaan mahupun kawasan perumahan. Lagi-lagi kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam sehari, lagi cenderung untuk menjadi target penyamun.

Macam baru-baru ini, seorang cashier melalui detik cemas apabila didatangi seorang lelaki yang lengkap berparang dengan tujuan menyamun. Video berdurasi 26 saat itu telah dikongsi oleh kakak mangsa di laman sosial Tiktok.


@awanissss

Kejadian rompakan di speedmart semenyih baru sahaja berlaku td . Doakan adik saya ??? #fypシ

♬ original sound – AwanisRuzahan ✨ – AwanisRuzahan ✨

Melalui video tersebut, mangsa telah dipaksa oleh penyamun untuk membuka kaunter dan menyerahkan segala wang tunai yang ada. Bagaimanapun, cashier tersebut menjelaskan berkali-kali yang dia tidak mempunyai kunci untuk membuka kaunter itu.

Bukan itu saja, cashier tersebut juga ditengking untuk menyerahkan telefon bimbitnya. Nasib baik dia sempat melarikan diri ke dalam stor, tindakan bijak itu telah menyelamatkan dirinya daripada penyamun tersebut.

Dari video yang dirakam dalam keadaan cemas itu juga, kita boleh nampak yang penyamun tersebut memakai topi dan mengikat mukanya dengan sehelai kain kuning agar tidak dikenali.

@awanissss

Replying to @quiet^_^ video tak herapa clear . Time ni Adik saya lari perompak tu mtk phone .

♬ original sound – AwanisRuzahan ✨ – AwanisRuzahan ✨

Hasil dari pemeriksaan polis mendapati, suspek hanya dapat melarikan beberapa kotak rokok sahaja dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Semenyih Indah, Kajang sekitar jam 7.20 malam itu.

Menurut kakak mangsa, adiknya bertugas seorang diri kerana rakan-rakan lain sedang rehat dan menunaikan solat Maghrib.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan tahap keselamatan kedai serbaneka tersebut dan keberadaan pengurus sewaktu kejadian.

Screenshot 2022 10 19 130858

Screenshot 2022 10 19 130833

Apapun syukur kerana cashier tersebut selamat dari musibah, semoga pihak berkuasa dapat menangkap penyamun itu…

Baca : Individu Menyamar Dari Syarikat Tarik Kereta, Taktik Baru Menyamun Tapi Tak Jadi?

myvi menyamar tarik kereta 1

Sumber: Tikok
Sumber: Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.