in

Pekerja Rapid KL Tak Memasal Jadi Bidan Terjun, Penumpang Sarat Mengandung Nak Terberanak Dalam LRT

Rapid5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jarang berlaku tapi ada. Itulah yang boleh digambarkan mengenai kejadian semalam di LRT Puchong Prima.


Penumpang nak terberanak dalam tren!

Semalam pekerja pengangkutan Prasarana, RapidKL di perhentian Puchong Prima terpaksa menjadi ‘bidan terjun’ selepas seorang penumpang mereka seakan sudah sampai waktu untuk melahirkan.

Seorang wanita mengadu sakit perut dan menunjukkan tanda untuk melahirkan anak.”

Semasa kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, Shahira Nurdiyana Rauf, 32, yang sedang berehat terdengar jeritan rakan sekerjanya meminta bantuan.

Melihat keadaan wanita tersebut, Shahira yang turut dibantu oleh penyelia pembersihan membawanya ke bilik rawatan stesen.

 

Selamat melahirkan & dilaporkan stabil

Menurut Harian Metro, wanita tersebut selamat melahirkan seorang bayi lelaki sementara menunggu ketibaan ambulans. Kemudian, kedua-dua ibu dan bayinya dibawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan lanjut.

Shahira yang sebenarnya baru sahaja kembali bertugas selepas habis pantang anak kedua menerima penghargaan daripada pengurusan Prasarana.

Rapid

“Pengalaman melahirkan dua cahaya mata dan sifat keibuan yang dimiliki turut membantu mengendalikan situasi cemas ketika melahirkan bayi tersebut.”

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana, Datin Norlia Noah, memuji keberanian dan kebolehan beliau mengendalikan situasi cemas ini dan menyampaikan saguhati atas tanda terima kasih syarikat.

 

Min yang dupdapdupdap bayang situasi tu. Korang pernah kena situasi macam ni tak?

 

Baca : “Takut Nak Mengandung Lagi” – Wanita Alami Alahan Teruk Semasa Hamil, Muka Kedut Macam Orang Tua

Rapid1

Sumber: malaymail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.